Perasaan dalam hati;
rusuh.
Mau diapakan lagi
dengan semua bicara?
Apakan lega jika diluah
madah sebenar
atau hanya kan mengundang
sebuah lagi persoalan?
Rusuh.
Hati benar rusuh.
Mau diluah, dirasa sukar.
Mau dipendam, terasa sesak.
Buka tingkap,
layangkan mata ke langit.
Bila merenung sayu sang bulan,
perlahan hati beransur tenang.
Perlahan hati.. beransur tenang.
16 Oktober.
12.56 am.
Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)
Sunday, October 16, 2016
Rusuh.
Monday, October 10, 2016
My Future; aku masih kosong.
Tertanya-tanya, apa akan dilalui pada masa hadapan dikala diri masih lagi kosong; tiada apa-apa. Dari segi duniawi mahupun ukhrawi.
Entah mengapa, tiap kali.. ini adalah persoalan yang selalu dijadikan tajuk fikiran. Tangis, gundah, resah, gelisah dan berjuta rasa lagi memenuhi jiwa tiap kali persoalan ini hadir dalam fikiran.
.
Aku masih kosong.
.
Jika kau tanyakan kepada aku, tidakkah aku cemburu pada mereka yang sudah mencapai apa yang mereka mahukan pada usia sebaya sedangkan aku.. masih kosong.
Jawapan aku;
Jangan kau tanyakan jika tak mahu melihat aku menangis.
Namun tidaklah selemah itu mahu menangis, tapi.. terfikir panjang juga.
.
Salah satu yang aku fikirkan tentang masa depan aku ialah tentang ilmu.
Aku tahu berbagai cara untuk belajar mendapatkan ilmu. Jika mahu duniawi, pergilah kolej atau pusat kemahiran. Jika mahu ukhrawi, pergilah madrasah atau sekolah pondok. Tapi kedua-duanya hanya ada satu tujuan; menuntut ilmu.
Dan menuntut ilmu dalam Islam itu adalah Fardhu Ain bagi setiap Muslim.
.
Entahlah. Aku cuma fikir semula..
Sejak gagal habiskan STPM dahulu, selepas itu ada juga cuba untuk sambung belajar.
Tapi semuanya.. seakan tak kesampaian, atas banyak halangan.
Jadi aku berprasangka baik, mungkin belum masanya atau belum datang rezeki untuk sambung belajar. Mungkin.
Allah tahu, Maha Tahu.
.
21 tahun.
3 tahun sejak gagal habiskan STPM, aku masih terpuruk di sini, di rumah. Bulan demi bulan, tahun demi tahun. Tak pernah sekali pun semangat untuk sambung belajar demi meraih ilmu itu terpadam.
Bagi aku, jika tak direzekikan untuk sambung ke peringkat lebih tinggi selepas SPM pun tak apa. Tapi izinkan aku untuk menimba ilmu ukhrawi. Tapi ya, sehingga sekarang masih belum mampu tertunai.
Tuhan masih belum izin, mungkin.
Atau Tuhan punya rencana lain yang lebih baik, juga mungkin.
Dan aku tetap masih berprasangka baik kepada segala takdir yang telah ditulis dan dijalani.
.
Masa silam dah berlalu, masa depan pula belum terjadi. Realiti kini.. masih terus berjalan.
Dan ribuan bunga harapan telah dipatah layu.
.
Bila ditanya lagi tentang masa hadapan. Selain menimba ilmu.. soal perkahwinan juga sering menjadi isu bagi anak remaja. Kan?
Pada usia sekarang, ramai rakan-rakan sudah bertunang, mendirikan rumah tangga malah sudahpun mempunyai cahaya mata. Alhamdulillah, rezeki berpasangan mereka awal.
Kadangkala ada juga terjentik cemburu. Ya. Aku masih kosong. Itu sahaja.
Tapiii.. Dulu memang ya aku meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan. Ah! Mentah. (Sekarang pun masih. Haha)
Dulu berfikir kononnya bernikah awal itu indah dan banyak kebaikannya. Ya. Memang pun. Tapi jika diri tak bersedia dengan tanggungjawab dan amanah namun hanya memikirkan yang indah-indah saja selepas berkahwin. Maka silakan terus bermimpi!
Perkahwinan itu indah, tapi penuh dengan onak likunya. Seorang+seorang; suami isteri+anak+anak+anak++=amanah dan tanggungjawab.
Tidak semudah ayat di bibir tatkala sebelum bernikah, ya? :)
.
Sekarang, aku tidak lagi meletakkan jodoh perkahwinan sebagai suatu keutamaan. Kononnya mahu menikah belasan tahun. Ah mimpi! (Memang mimpi pun, usia pun dah masuk 20-an. Lol)
Tapi ada juga meletakkan target bahawa awal 20-an mahu menamatkan zaman bujang. (Dream on. Wahaha. But, insya Allah.)
"Ketika kau sedang menunggu imam atau makmummu menghadirkan diri di depan mata, perbaikilah diri agar menjadi lebih baik daripada pasangan.
Agar kelebihanmu mampu mengisi kekurangannya. Bukankah itu kesempurnaan?" -aku.
.
Persoalan terakhir. Mungkinlah terakhir.. Ibu bapa.
Aku menghargai jasa-jasa mereka. Dan sebelum mereka memejamkan mata di dunia ini, aku mahu mencapai tiap satu apa yang dimahu mereka.
Tapi aku tahu, yang dimahu mereka.. hanyalah melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Namun mak dan ayah, suatu hari nanti.. pasti anak ini akan membahagiakan dan membanggakan kalian. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat.
Yang menjadi salah satu sumber pahala yang tiada putusnya buat kalian jika kalian sudah tiada nanti. Insya Allah.
.
Masa depan masih samar dan tak pasti. Tapi aku tetap meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, bahawa Dia sudah mentakdirkan sesuatu yang indah kepada aku di masa hadapan, cuma.. ianya masih belum kelihatan.
"Tetapkanlah aku di dalam harapan, ya Rabb."
Sunday, October 09, 2016
Utusan ulang tahun kelahiran
Saya tak pasti pada tarikh apakah, kerana sesuatu yang manis itu diingat pada momen, bukan tarikh atau hari.
Saat saya taip ni, hanya beberapa hari sebelum tarikh lahir kamu. Tiada hadiah, hanya rantaian doa mengiringi beserta warkah ini.
Em. Saya ingat lagi.. pada saat kamu 'whatsapp' ke ayah saya, berisi mesej lamaran. Serta merta, satu rumah jadi sedikit gempar dan kami bertiga (mak, ayah dan saya) membuat meja bulat.
Mereka berdua bertanyakan itu ini tentang kita. Bertanya benarkah saya serius menerima? Bertanyakan tentang latar belakang kamu walaupun kamu dah datang raya beberapa bulan sebelumnya, termasuk soal hantaran dan sebagainya.
Walaupun begitu. Ya. Saya mengaku bahawa pada masa itu, saya tak seikhlasnya menerima lamaran tersebut. Mungkin kerana masih tiada sebarang rasa. Dan hanya mengikut kata naluri; 'Terima saja dia. Beri peluang dahulu.'
Namun saya tak pasti sejak bila 'rasa' mula hadir. Mungkin dulu, tak kisah kamu mesej atau tidak. Sama saja. Tapi kini, seringkali tertunggu-tunggu. Dulu, mungkin tak kisah apa yang kamu buat. Tapi kini, sering terfikir-fikir. Dulu, mungkin jarang meniti doa. Tapi kini, setiap kali solat, pasti dititip rantaian doa buat kamu. Dan lain-lain lagi.
Kita, yang dalam tempoh tak sampai setahun dalam hubungan taaruf. Dan perkenalan yang mungkin mencecah 5 tahun.. tak terkira betapa banyak pertelingkahan dan pasang surut dalam perhubungan.
Kita.. yang mahukan hubungan hingga ke Jannah, perlukan sebuah hubungan yang matang dan bukannya selamanya bersikap 'childish'. Bermaksud, tak perlu memasukkan isu picisan sebagai sebab untuk mulakan pergaduhan.
Andailah ada yang tak berkenan di hati, straight to the point.. bukan menyindir atau membuat diam sahaja. Kerana dalam jangka masa lama, sesuatu yang dipendam mampu menjadi bisa yang tertunda dan meletus tak semena jika ada sedikit sahaja salah pada pasangan. Itu sahaja.
Dan saya anggap bila saya terpandang orang lain yang mungkin lebih menarik, maka saya yakin.. kamu sebenar-benarnya adalah kiriman yang terbaik dari Allah untuk saya.
Kerana syaitan itu suka mengindahkan sesuatu yang sebenarnya bukan terbaik untuk kita, tapi nampak terindah di mata kita. Tapi hakikatnya, sebenarnya memang bukan.
Dalam penantian ini, saya meletak seluruh keyakinan kepada Allah untuk menjaga hati kita. Semoga tahun ini tahun terakhir sebagai 'jomblo happy'. Lol.
Dan juga mengharap agar jika ditakdir kita menikah nanti, segala kekurangan dilengkapi kelebihan dan kekurangan diterima seadanya dan cuba membaiki diri demi bahagia dan syurga yang diimpi.
Dan saya cuba akan menjadi seorang isteri yang terbaik buat lelaki bernama Atiqurhakim dan seorang ibu yang terbaik buat anak bernama Darwish.
Semoga Tuhan kekalkan hati dalam setia hingga bertemu akad & nikah kelak. Insya Allah.
Juga semoga kamu terus berusaha dan bersemangat untuk selarikan kejayaan dunia dan akhirat. Semoga.
Akhir kata,
Selamat ulang tahun 'sayang'. Lol.
15 Oktober 2016,
Norsyazwina Nasarudin.
Sandaran Hati?
.
"Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang Kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna 'matahari' (petunjuk Dia?)
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini." -Berhenti Berharap, Sheila On-7.
.
Minta kepada Allah untuk menjaga setiap kali hadirnya kekosongan hati, tiba-tiba.
Kerana yang diperlukan saat itu;
hanya Allah.
.
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”
Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”.
(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” -Surah Al-A’raf : ayat 172.
.
p.s:
Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
Mendengar-Mu
Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
Merindukan-Mu
Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani
Dalam hidupku
Kesendirianku
Teringat ku teringat
Pada janji-Mu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati
Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalan-Mu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadir-Mu
Dalam gelapnya
Malam hariku." -Sandaran Hati, Letto.
https://youtu.be/pfGnqZQHcvk
Tuesday, September 27, 2016
Nasihat daripada seorang tua.
Petang tadi..
Mak saudara singgah rumah mertuanya untuk memasak. Kerana yang tinggal di rumah tu hanya ayah mertua, dan dua orang adik ipar; seorang lelaki, seorang perempuan masih bersekolah rendah. Pakcik tu boleh memasak sebenarnya, cuma dia baru baik dari sakit.
Sambil duduk membuai Hana yang nak tidur, ayah mertua kepada mak saudara duduk di kerusi berdekatan dalam jarak lebih kurang lima kaki.
Mula mula disapanya dengan borak-borak ringan tentang rumahnya yang agak bersepah. Cuma balas dengan sengihan dan anggukan sahaja.
Kemudian dia tanya "umur berapa?"
Aku balas "21 tahun."
"Oh. Ingat sekolah lagi."
Lol.
Sebenarnya perbualan dengan pakcik ni memang beri kesan mendalam pada jiwa sebab setiap apa yang dikatanya.. adalah jawapan kepada persoalan dalam hati. Sangat tepat.
Tak banyak yang boleh dikongsi di sini kerana adakala suaranya timbul tenggelam dek sakit yang dialaminya, tapi telinga sedaya upaya fokus dengan apa yang mahu disampaikannya kepada aku.
Mungkin pakcik ni anggap ia hanya perbualan biasa, sekadar untuk jadikan aku teman berbual. Tapi, bagi aku.. berinteraksi dengan beliau adalah sesuatu perkara yang sangat memberi motivasi, sesuatu nasihat secara tidak langsung.
Point 1:
Dia memulakan perbualan dengan mengatakan bahawa pada waktu muda inilah perlu kejar dan cari ilmu sebanyak mungkin sebelum usia tua menjelang bila aku mengatakan aku masih duduk di rumah, masih tak sambung belajar ke mana-mana. Kohkoh.
Kerana katanya, tenaga dan IQ pada usia muda masih kuat. Tapi bila dah tua, tenaga pun dah lemah dan lesu. Jadi katanya lagi, selagi masih muda.. carilah ilmu dan peluang untuk belajar. Jangan sekali-kali sia-siakan masa muda dengan lepak depan televisyen atau telefon pintar, sekadar untuk buang masa.
Point 2:
Pakcik tu meneruskan perbualan dengan ruang pekerjaan pula. Katanya, lebih baik kerja kerajaan dari swasta. Kerana katanya gaji swasta sememangnya besar tapi kita kerja bagai kuli kerana susah dapat cuti, kerja walau waktu cuti dan kerja bagai robot; semuanya perlu siap 'on-time', kalau tak siap, dipecat serta merta. Itu katanya.
Dan bila sudah bekerja. Sudah pastinya ada gaji kan? Katanya, setiap bulan.. pastikan asingkan satu bahagian untuk simpanan tetap, tak kiralah berapa. Mungkin RM30 sebulan bermakna RM1 sehari. Simpanan tetap bermaksud, jangan usik langsung duit simpanan itu kerana ia untuk digunakan pada waktu tua nanti; atau mungkin pada waktu terdesak?
Jika ada ruang di alam maya, buatlah apa-apa perniagaan secara 'online' kerana katanya teknologi pada masa kini amat memudahkan kita untuk cari ruang-ruang berniaga.
Point 3:
Hidup kita ni dihabiskan dengan macam-macam hiburan dan kegiatan harian. Tapi bila gembira, kosong. Bila sedih pun, kosong. Kenapa?
Sebab mungkin kita tiada tujuan dan haluan yang sebenar-benarnya. Gembira hanya sekadar gembira, sedih pun hanya sekadar sedih. Tiada sandaran kepada Tuhan.
Point 4:
Tentang pasangan hidup. Bila nak mencari pasangan hidup. Jangan dilihat pada rupa paras, tapi yang penting.. hati.
Apa guna baik rupa paras, kaya, berkereta dll kalau hubungan dengan Tuhan rapuh dan tak terjaga. Solat pun entah kemana.
Biarlah pasangan hidup kita tiada semua pakej asalkan hatinya tetap pada Tuhan, dia beriman, dia patuh dengan agama, dia mampu jadi imam isteri dan anak-anaknya.
Biarlah pasangan hidup kita nanti juga tidak kaya seperti orang lain asalkan rajin berusaha dan tidak malas untuk bekerja.
Tapi katanya, semua jodoh dah ditentukan Allah. Jika begini pasangan hidup, beginilah yang ditentu-Nya. Jika begitu pun, begitulah yang ditakdir-Nya. Terimalah seadanya.
p.s:
Dan itu sahaja point-point yang aku ingat tentang perbualan petang tadi. Banyak sebenarnya yang ayat yang diucap pakcik tersebut, tapi ada sesetengah tak kedengaran. Jadi, ada sedikit ayat yang ditambah sendiri dalam point-point di atas. :)
Saturday, September 17, 2016
Teringat.
Teringat masa dahulu..
Ketika diri mula menghafal satu persatu lafaz dalam solat, rantaian doa pilihan untuk dibaca selepas solat, zikir-zikir dan ayat-ayat dalam al-Quran.
Semuanya memerlukan istiqamah yang tinggi dan azam yang kuat, kerana untuk jadikan semua ayat yang dihafal di memorikan bukanlah suatu yang mudah.
Ayat didengar dahulu berulang-ulang sampai jelas perkataan yang didengar untuk dihafaz. Kemudian lihat barisan ayat sebelum satu persatu ayat dan dibaca berulang-ulang.
Ulang-ulang bacaan;
itu 'keyword' untuk menghafal.
.
Perkataan 'penat', 'letih', 'malas', dan seangkatan tak pernah ada dalam kamus ketika menghafal ayat-ayat tersebut. Yang ada ketika itu hanya satu semangat untuk hafal dan terus hafal sehinggalah ayat-ayat tersebut melekat dalam memori.
Jika doa-doa atau zikir-zikir, tidaklah terlalu sukar untuk menghafal. Tetapi.. jika untuk ayat-ayat Al-Quran, memang perlu untuk dengar 2-3 bacaan dari Qari Al-Quran yang berlainan untuk memastikan sebutan yang mahu dihafal betul bacaannya.
Ya. Saya menghafal ayat Al-Quran dari meneliti dahulu barisan ayat yang mahu dihafal dan mendengar bacaan Qari berulang-ulang sebelum mula menghafal untuk mendengar sebutan dengan jelas.
Biasanya yang menjadi pilihan utama adalah bacaan daripada Qari Sheikh Mishary Al 'Afasy. Jika tak yakin dengan bacaan yang didengar, barulah dengar bacaan dari Qari lain-lain untuk dengar sebutan yang jelas dan betul.
Rumit? Tidak jika diri komitmen dan istiqamah untuk menghafal ayat-ayat tersebut. Alhamdulillah, kerana lebih 10 surah pendek sudah dihafal dengan menggunakan cara di atas.
Mudah? Pun tidak. Kerana.. Ya. Kerana diri tidak komitmen dan tidak istiqamah untuk menghabiskan hafalan.
Gagal menghafal? Ya Pernah. Gagal kerana rasa tak mampu habiskan dalam tempoh yang ditetapkan dan surah dirasa terlalu panjang sampailah lengah-lengahkan masa untuk menghafal.
Dann.. akhirnya, semangat nak menghafal surah tersebut pun luntur dan penghabisannya, tawar untuk menghafal ayat yang seterusnya.
Salah satu contoh surah panjang yang mahu dihafal ialah Surah Al-Mulk. Ini sebenarnya perancangan untuk habiskan hari-hari dalam bulan Ramadhan tahun ini. Dan 10 hari sebelum Ramadhan, saya sudah pun menghafal 4 ayat dari 30 ayat Surah Al-Mulk kerana fikirkan 'ABC-Allah bagi cuti' yang tak dibolehkan baca Al-Quran.
Cuba teka? Berapa ayat yang dihafal sepanjang bulan Ramadhan tersebut? 6 ayat. So saddd!
Kecewa dengan diri.
Sampaikan hari Raya pun dirasa tiada makna untuk disambut kerana bagai tiada hari kemenangan. Pun kerana rasa ibadah pada bulan tu seperti bulan-bulan yang lain melainkan dapat bangun Qiamullail hampir setiap malam, itupun sebab bangun sahur. Huhu.
Surah terbaru yang dihafal ialah surah Al-Adiyat. Itu pun terputus hafalan separuh surah dan sambung semula ayat selebihnya beberapa bulan kemudian. Bulan April kalau tak silap.
Ini dah bulan September. Tapi seingat saya, hanya beberapa doa dan surah saja yang berjaya dihafal tahun ini. Sekali lagi terasa sedih dan kecewa.
.
Mungkin..
Mungkin ini adalah asbab diri seringkali berasa rebah? Kerana diri tak lagi bersemangat untuk menambah ilmu baru serta mengamalkan ilmu yang sedia ada. Mungkin.
.
Di hari Arafah lalu yang dikata antara waktu mustajab doa, antara doa yang paling banyak diulang ialah doa dari Nabi Musa dalam Surah Al-Qasas iaitu:
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."
.
Ya. Benar.
"Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar memerlukan 'sesuatu kebaikan' itu walau apapun ia."
Kerana jika kebaikan, dan datangnya pula dari Allah walau apapun ia. Itu adalah suatu perkara yang sangat besar rahmatnya. Mungkin kebaikan itu akan mengubah sesuatu dalam diri untuk menghadapi masa depan yang mendatang. Insya Allah.
.
Dan tulisan panjang ini hanyalah luahan rasa yang selama ini terpendam dan sebagai refleksi diri untuk bacaan masa akan datang. Semoga diri kuat, ya diri?
:)
p.s:
BERJALAN TANPA HENTI - DEVOTEES.
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Posted via Blogaway
Wednesday, September 07, 2016
Komitmen
Awal pagi tadi, ada seorang sahabat 'whatsapp' bertanyakan jika ada sebarang artikel dari simpanan aku yang dah siap ditulis untuk dibaca.
Aku membalas: Tiada. Melainkan yang dah suku siap.
Ya. Sebenarnya dah beberapa minggu tak menulis panjang-panjang. Kalau ada pun, masih tersimpan di 'draft' app Blogger.
Idea ada, tetapi tiada komitmen.
Sebahagian idea cuma ditulis ringkas di laman sosial. Buat sedikit coretan untuk disimpan. Manalah tahu akan datang tulisan ringkas itu akan jadi sebuah artikel. Kan?
Pun masih banyak artikel yang masih terbengkalai di dalam 'draft'.
Aku lebih banyak membaca kebelakangan ini. Bukan membaca buku fizikal, tapi menelaah bahan bacaan di alam maya. Samada ilmiah atau tidak. Tapi kebanyakannya bukan ilmiah. Kohkoh.
Pada usia 21 tahun ini, aku menanam cita-cita untuk mempunyai buku sendiri. Beberapa tahun akan datang, sekurang-kurangnya beberapa buah buku. Mungkin?
Tapiii.. Isu komitmen sering menjadi masalah. Terkadang memang sukar untuk komitmen asbab banyak perkara lain yang harus diutamakan.
Malas salah satunya.
Ya. Dan aku tiba-tiba malas nak menulis patah ayat yang seterusnya, walaupun masih ada benda yang nak ditulis. Ergh.
Okbai.
*lari.
Posted via Blogaway
Friday, August 26, 2016
Tunjuk aku.
Solat sunat istikharah meredakan jiwa yang kacau bilau, yang di dalamnya bergalau dengan pelbagai persoalan dan kegundahan.
Dalam sujud terakhir, berpanjangan doa meminta petunjuk daripada-Nya dan pendirian terhadap hati yang mudah berbolak balik.
Malah diulang-ulang doa, agar Tuhan mengerti (malah, Allah memang Maha Menngerti).. doa yang diucap hati di sujud terakhir itu jujur memohon turunnya sebuah jawapan yang mampu menenangkan hati.
Dalam doa selepas solat juga, doa yang sama diulang-ulang kerana betapa hati benar inginkan kepastian bukan dari hati yang rapuh dan bolak balik tapi dari Tuhan yang memiliki hati itu sendiri.
"Tuhan, tunjuk hamba.. akan jalan takdir itu."
Wednesday, August 24, 2016
Terkunci.
Terlalu banyak mahu ditulis,
Terlalu banyak mahu diluah.
Akhirnya.. tetap terbiar sepi.
Waktu siang dihabiskan dengan entah apa bacaan sampai otak tepu tak mahu fikir apa selain bacaan tersebut.
Malam pula dipaksa diri tidur; terjaga pun paksa tidur semula, tak mahu diraih apa-apa fikiran yang bukan-bukan.
Tapi malam ini..
mata masih gigih berjaga.
Seakan Tuhan beri signal;
tamatkan segera 'suasana perang' dalam diri yang sedang kacau bilau!
.
Muzik kegemaran dibiar bisu,
bacaan harian dibiar tepi.
Terdiam kata, tanpa suara.
Terhenti jari, tiada tulisan.
Dalam minda..
Too full,
OR
too empty.
Kedua-keduanya sering mendiamkan kata mahupun tulisan.
.
Aku mencari semula erti:
"Dunya is nothing but a beautiful lie."
Masihkah kau pegang kata-kata ni, wahai diri?
*menangis.
.
p.s:
Entah apa yang aku cuba catatkan di sini, tapi yang pasti ada; cuma tak terluah.
Tak pasti bagaimana mahu membuka 'laci yang terkunci'. Bagaimana? Tunjuk aku.
Posted via Blogaway
Rusuh
Entah apa rusuh dalam minda,
Tersenyum sentiasa tapi dalam minda; kacau bilau.
Terkadang tak mampu biarkan bibir terus tersenyum, namun untuk titiskan air mata; tiada.
Tidak ditahan,
memang tiada; setitis pun.
Kemana hilang jiwa,
Kemana hilang perasaan,
Kemana..
Sunyi dalam gembira.
Sengsara dalam tawa.
Palsu..
Perih,
Pedih,
Semua menikam jiwa.
Mencari makna diri,
Terlontar.. jauh.
Apa sebenarnya yang dirungsing?
Memandang yang dikasih dan dipercaya, seakan mahu diluah segala; tapi tak mampu. Tiada kata.
Batin meronta di dalam;
derita.
Ah duniawi belaka!
Itu jawapannya.
Monday, August 22, 2016
22 Ogos 2016/4.27 am
Ada ketika, air mata jatuh tanpa sebab.
Ada ketika, nak menangis tapi tak mampu.
Ads ketika, berteleku mengenangkan betapa sedih diri.. tapi tak tubir mata masih kering tiada berair mata.
Entah apa rasanya diri..
Kosong, lompong dalam hati.
Entah apa yang dihendak hati..
Pedih, perih, pilu semua dalam diri.
Mengenangkan masa lalu yang hitam,
Melalui masa sekarang yang hampa,
Memikirkan masa depan yang kelabu.
Ah..
Aku hanya roh yang
bersarung jasad hina tiada apa.
Cantik hanya sementara,
Jasad jua akan ditinggal masa.
Namun mengapa bersedih?
Roh kan bakal meninggalkan jasad?
Kau tak faham.
Ini keperluan duniawi.
Tuhan..
Lenyapkanlah kegundahan ini..
Kabulkanlah segala doaku ini.
Lepaskanlah segala belenggu rasa.
Bebaskan aku.
Thursday, August 18, 2016
Cabut Gigi
Pagi semalam, cabut gigi kat Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Terima kasih kepada doktor gigi dan jururawat yang berkenaan.
Oklah. Sebenarnya aku sakit kat bahagian gigi lain, tapi dia cabut yang lain. Kakaka..
Mungkin sebab salah faham. Aku pun tak cakap banyak sebab sakit sangat. Tapi memang gigi yang dicabut tu dah rosak dan pecah teruk sebenarnya. Gigi bawah paling hujung sebelah kiri mulut.
Gigi yang sakit pun dah tak rasa sakit lepas cabut gigi hujung tu. Lol.
Well, gigi yang sakit ni aku rasa perlu tampal semula je. Aku pun awalnya salah faham, ingat gigi yang sakit tu yang doktor tu nak cabut.
Aku, bila dengar 'gigi perlu cabut' je, dah mula cuak. Apatah lagi, bila doktor tu suakan ubat bius. Ok. Masa tu aku hampir terbangun, dan mengelak. Lol.
"Kejap, doktor. Kejap."
"Ok. Ok."
Doktor tu pun turunkan balik tangan yang pegang jarum bius tu, dan tunggu aku bersedia. Terima kasih, doktor comel. Haha.
Bila aku dah sedia, aku baring semula. Masa doktor tu cucuk bius, memang aku pejam mata dan sebab rasa sakit jarum tu.. terpegang pulak lengan doktor tu.
Dia tegur "Jangan pegang tangan saya, saya tengah cucuk ni". Lepaskan balik pegangan tu, dan pegang pulak pemegang kerusi. Setengah minit jugak rasanya dia cucuk.
Tak adalah sakit sangat sebenarnya, tapi dah lama tak kena cucuk kan. Kali terakhir, masa sekolah menengah rasanya. Lol.
Kemudian, dia biarkan kejap dan periksa semula.
"Gusi kebas? Bibir? Sebahagian lidah juga kan?" Aku angguk. Dan bila dia sentuh satu bahagian dalam mulut tu, dia tanya "rasa tak"? Aku balas "tak".
Ok. Dia nak cucuk sekali lagi.
Waa.. Aku cuak balik sebab ingat sekali cucuk dah kebas semua. Jururawat yang berlegar dari tadi dalam bilik tu datang dekat dan cuba tenangkan aku. Lol.
"Relax, dik. Relax."
Masa cucuk kali kedua, aku pegang tangan jururawat tu kuat-kuat. Cucuk kali kedua wei. Adeh.
Nasib baiklah masa doktor periksa kali kedua tu, semua dah kebas dan tak ada rasa dah.
Tuesday, June 28, 2016
Sebuah Rasa
Beri aku rasa,
yang sebelum ini tiada.
Beri aku rasa,
Yang selama ini,
wujud pun tidak.
Mungkin benar,
Hati sudah terpaut.
Mungkin salah,
Kerana rasa itu berbaur.
Hari ini, malam ini.
Kau bikin hati ini resah,
yang selama ini tiada.
Rasa ini,
seakan membelenggu.
Tuhan,
sudah kuatkah aku?
Menerima dan
memberi sebuah rasa?
Tuhan,
jika benar ini takdir.
Biarkanlah..
Biarkanlah..
Biarkanlah..
Sampai nanti,
Sebuah rasa menjadi
satu kepastian cinta.
Sampai mati,
sampai Jannah.
Wednesday, June 22, 2016
'Contact lense'
Semalam keluar bandar, ambil kesempaan untuk cuba beli dan pakai 'contact lense' untuk pertama kalinya.
Tapi rupanya, 'contact lense' ada tarikh 'expired'. Lupa nak tanya sebelum beli. Tapi dah terbeli, takpe la. Haha.
Disebabkan baru cuba-cuba nak pakai, aku suruh pekerja tu ajarkan cara untuk pakai. Mau 10 minit jugak terkial-kial nak pakai, tapi nasib baik pekerja tu sabar je ajar cara nak masukkan dalam mata. Keke.
Dan nak keluarkan 'contact lense' tu dari mata pun satu hal jugak. Tak boleh main cungkil je. Ni ambil masa 5 minit nak keluarkan. Huhu.
...
Cuba nak pakai 'contact lense' ni sebab leceh pakai cermin mata, lagi-lagi bila pakai 'shawl'. Menganggu. Lol.
p.s:
Mak pulak risau sebab dia kata bahaya pakai 'contact' lense ni. Yela. Mata kan tempat paling sensitif.
Tapi anakmu degil, ma. Hahaha.
Monday, June 20, 2016
Rezeki tak terduga.
Dengan izin Allah, ada dua rezeki atas nama aku dalam bulan Ramadhan penuh berkah ni; sumbangan beras dan wang.
Well, sebenarnya agak terkejut sebab tahun-tahun sebelum ni, nama takde sangkut pun. Lagi-lagi nama daripada keluarga aku. Memang takde. Tapi mak kata, dah namanya rezeki, ambil jela. :)
...
Terima kasih kepada MB Pahang atas bantuan walaupun aku merasa tak layak atau mungkin ada nama yang lebih layak, dan yang utama syukur kepada Allah yang mentakdirkan rezeki ni. Alhamdulillah.
...
Tadi lepas solat Asar kat masjid berdekatan. Ada insiden yang boleh dikatakan buat gugur jantung dan buat kalut jugaklah.
Tertinggal stokin dekat tepi dinding. Nak ambil dan pakai, tengok dah hilang.
Duduk bersila kat tepi dinding. Dalam hati, tak habis habis ulang "ya Allah, mana pi stokin aku ni." sambil tangan dok carik dalam beg walaupun memang takde. Nak keluar tanpa berstokin, tu tak mungkin.
Tiba-tiba ada seorang makcik masuk sambil pegang stokin aku, dia kata "Maaflah terambil. Siapa punya?". Masa tu, lega selega-leganya.
Tatkala tu jugalah, sangat sedar dengan ajaibnya kuasa doa dalam pengharapan yang sangat tinggi kepada Allah, satu-satunya.
p.s:
Sebenarnya, baru berkira-kira nak minta stokin kat makcik yang duduk sebelah aku sebab terdengar dia borak dengan kawan dia yang dia bawa stokin lebih. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Maha.
Kira detik jam. Lambatnyaa. Keke.
Thursday, May 12, 2016
Fantasi dan realitinya; pasangan yang sempurna?
Waktu-waktu sebegini, melompat ke satu video ke satu video di Youtube. Menghabiskan masa dengan melihat video itu dan ini..
Dan tiba-tiba ditakdirkan terserempak dengan satu video ni, video yang waktu belasan tahun selalu saya layan. Lol.
Sajak Jika Aku Jatuh Hati. *boleh search di Youtube.
Biasalah. Jiwa budak belasan tahun, ibarat bunga yang baru nak mekar juga ibarat rama-rama yang baru nak keluar dari kepompongnya.
Bermacam impian, berjuta anganan.
Well, video ni..
Sama dengan video-video sajak cinta atau seangkatan yang lain yang ala-ala cinta Islamik.
Ya. Dalam hati kita semua, pasti pernah berangan atau terniat untuk nikahi atau memiliki pasangan yang ibarat manusia berhati malaikat. Maksudnya, suci tanpa dosa dan noda.
Ah. Waktu belasan tahun.. Memang masih muda dan mentah dalam mengenal hidup dan hakikat sebenar dunia ini.
Namun hakikatnya..
Ya. Hakikatnya.. Bila kita dah mula menginjak dewasa dan kita matang berfikir. Semua ni nothing, takde apa-apa pun.
Kerana semua yang kita angan atau impikan.. tak akan pernah pun wujud bagai kita di dalam syurga.
Ya. Ini dunia, bukan syurga!
...
Jika kau perempuan, dulu kau mahukan dia seorang yang beriman dan beragama, hafaz Al-Quran, solat lima waktu berjemaah di masjid dll.
Jika kau lelaki, beragama, cantik, pandai memasak, pandai baca Al-Quran dll.
Fairytale. Yes. Semacam itu. Tetapi.. Bukan tak ada orang-orang sebegini. Orang sebegini memang ada dan wujud.
Cuma.. Dia mungkin tak ditakdir untuk kita atau kita memang tak ditakdirkan untuk berjumpa dengan orang-orang sebegini sepanjang kita mencari takdir jodoh kita.
Sebaliknya, yang kita pernah, sedang atau telah temui ialah..
Ya. Mereka yang jauh dari sifat sempurna,
namun mereka tetap seorang manusia.
Buat para hati yang berpecah belah.
Melayangkan ingatan
jauh buat saudara kita.
Perang berbeza ideologi, di sini.
berbeza ujiannya.
"Tak diuji seseorang hamba
jika tak sesuai pada kemampuan"
Itu firman ALLAH.
Tidak ALLAH makbulkan
doa Nabi untuk disatukan.
kerana penyatuan hanya
akan berlaku atas dasar iman.
dalam arus perpecahan.
Lupa pada saudara yang menderita.
Lupa pada musuh yang menanti.
bagai buih-buih di lautan.
Tak kita akukan, itu kita.
Tuesday, May 10, 2016
Tragedi tidur pagi. 😩
Aku rasa aku tengah
menaip dalam gigil je ni. Kakaka.
Dahsyat betul.
Serius seriau sampai sekarang.
Nak marah diri sendiri ke,
atau ular tersebut? Kohkoh.
.
Sebenarnya aku tak yakin tu ular sebab nampak sekilas je, terus melompat keluar bilik.
Tak jejak tanah, engkau tahu?
Dah nampak warna hitam, panjang-panjang dan bergerak sikit tu, bukan ular ke?
Entahlah.
Aku macam melayang-layang je sekarang ni. Fobia dan trauma. Haih.
Asalnya sebelum perasan benda tu,
Masa tu tengah sedap nak lelapkan mata. Tetiba rasa macam ada benda jatuh dari peha. Usik peha, rasa takde apa.
Nak pastikan, buka mata dan toleh belakang. Terpana sesaat kejap dan.. tunggu apa lagi, cabut!
Seriuslah.
Memang tak pasti
samada ular atau apa.
Mungkin betul abang kedua aku yang kuat membebel tu (keke) cakap; jin kot.
Ye ke?
Wallahualam.
.
Yang pasti,
Aku trauma nak masuk bilik dah.
p.s:
Abang aku cari ular tersebut sambil mulut membebel pasal kondisi bilik yang umpama tongkang pecah. Adeh. Bingit telingo den ni ha.
Jika esok namaku jenazah..
Kita berharap
jodoh yang akan sampai dulu,
Tetapi rupanya ajal lebih
mendahului takdir jodoh.
...
Jika esok namaku jenazah,
Aku bukan lagi berbintikan ayah,
Tetapi digantikan dengan binti emak.
Jika esok namaku jenazah,
Segala isi dunia akan ku tinggalkan
Dan kehadapan kudrat Tuhan ku dikembalikan.
Jika esok namaku jenazah,
Jangan biarkan aib-aibku terbuka bertebaran,
Sebarkanlah kebaikanku walau sekecil zarah sekalipun walau keburukan aku sememangnya sebesar langit dan bumi.
Jika esok namaku jenazah,
Aku berharap hari ini adalah
hari taubatku yang sebenar-benarnya.
Allah..
Allah..
Allah..
Saturday, May 07, 2016
Mengapa Allah letakkan kita di sini?
pergilah belajar, pergilah bekerja. Pergilah ke mana-mana. Ilmu dan pengalaman tu penting.
Ya. Tahu dan faham yang itu.
Tapi,
Bukan aku tak mahu.
Bukan aku tak berusaha.
Bukan juga aku tak berkeinginan.
Setiap rezeki dan takdir manusia tu kan berbeza walau pernah aku persoalkan diri sendiri; pada usia begini, mengapa aku masih di sini?
Pernah aku cemburu kepada mereka yang memiliki apa di genggaman mereka, tapi tiada pada genggaman diri sendiri.
Timba ilmu ke peringkat lebih tinggi,
Belajar agama di madrasah,
Bernikah di usia muda,
Malah menimbang cahaya mata
di usia yang muda belia.
Dan lain-lain yang tak tercapai lagi dek tangan.
Ya. Usaha, doa dan tawakal.
Mungkin apa yang aku inginkan, Allah tidak beri asbab kurangnya keyakinan terhadap ketiga-tiga kunci itu. Mungkin.
Namun yang sebenar-benarnya. Tiap kali aku terfikir perkara ini, yang mencantas rasa itu ialah:
Allah mahu kau di sini untuk kau berbakti sepuasnya kepada ibu bapa dan keluarga, kerana mungkin bila suatu masa nanti..
Bila kau sudah mendapat sayap dan terbang bebas serta tinggi. Apa yang kau nikmati sekarang, akan semakin sukar untuk dinikmati atau akan tiada peluang lagi.
...
Rasulullah SAW bersabda:
“Kehinaanlah untuknya, kehinaanlah untuknya, kehinaanlah untuknya”
Lantas mereka bertanya baginda; “Siapa yang engkau maksudkan itu, ya Rasulullah?”
Ia menjawab; “Seorang yang mempunyai dua ibu-bapa yang telah tua atau salah seorang darinya, namun ia tidak dapat masuk syurga (dengan berbakti kepada mereka)”
-H.R Muslim.
...
Semoga coretan ini memberi semangat terus-terusan kepada diri agar tidak mempersoalkan lagi takdir sedang dijalani atau yang telah berlaku.
Takdir yang akan datang? Akan berubah asbab usaha, doa dan tawakal kecuali tiap rezeki, ajal dan jodoh. Kuatlah diri.
Monday, April 11, 2016
Insomnia
Dia mengaku insomnia ni letih dan buat derita jiwa. Tapi dia sabar dan positif sebab ia alasan terbaik untuk berjaga mengenal diri di waktu malam yang senyap dan sunyi.
Saya mengambil ibrah dengan kata-katanya. Memanglah setiap kali insomnia tu, nikmat tidur akan hilang. Tapi hikmah lain akan menyusul selama itu.
Saya ada membuat artikel di bawah tajuk "Pesona Sepertiga Malam" yang saya rasa amat sesuai untuk dibaca, sesuai dengan tajuk kali ini. Artikel yang telah lama ditulis di blog AkuIslam. Sekitar 2012-2013 tak silap.
Friday, April 08, 2016
Topeng pemimpin 'suci'.
Apa yang kita
expect daripada mereka?
Manusia-manusia berbeza
yang bertaktik sama.
Thursday, April 07, 2016
Taksub tu b*d*h. (o)
Apa seronoknya jadi pengikut yang taksub ni?
Orang yang kau taksubkan tu manusia bukan Nabi, macam kau juga. Takdenya dia simpan kunci syurga hatta pendua sekalipun.
Kita bukan mereka.
Aku ada perasan satu trend di laman sosial. Banyak page dan acc yang memaparkan kisah-kisah yang bagai dalam alam fantasi.
Dan masyarakat pun mula dihidangkan dengan cerita-cerita tentang mereka yang berjaya, hebat, serta cerita yang penuh dengan kesempurnaan.
Umpama kisah dalam novel tipikal di pasaran, tapi kali ini 'kisah-kisah hebat' ini hangat diperdagangkan di laman-laman sosial. Yang pada mulanya hanya mahu dijadikan sebagai tauladan.
Sepertinya aku tenggelam dalam renungan apabila selesai membaca komen-komen pengguna di laman sosial.
...
Kenapa kau tak boleh jadi macam cerita ini, ini dan ini." Tunjuk mereka kepada aku akan cerita-cerita tersebut.
"Sebab itu kisah mereka. Bukan aku. Cuba kau tanya mereka, berapa banyak kesukaran yang mereka tempuh sebelum dapat semua tu?
Dan kemudian cuba kau lihat aku. Adakah kisah dan takdir hidup aku dengan mereka-mereka itu sama?"
...
Entahlah.
Aku cuma fikir.
Betapa manusia-manusia atas talian ini, tak pernah puas dengan khayalan-khayalan yang dicipta sendiri tanpa memandang nyatanya diri di alam realiti.
Betapa.
Bagi aku, kisah-kisah sebegini hanya perlu dijadikan sebagai ibrah a.k.a pengajaran sahaja. Usahlah membiarkan diri berangan-angan nakkan begitu dan begini dalam hidup sedangkan usahanya.. tiada!
Dan takdir itu takdir mereka.. bukan kita.
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuba belajar hargai dan perbaikilah diri!
Kerana kita bukannya sempurna, tapi hanya mahu menjadi sebaik yang mungkin.
Ya. Bukan sempurna seperti kisah novel tipikal, drama filem yang memaparkan hidup indah dan segalanya membahagiakan, atau seperti kisah-kisah yang diviralkan ini.
Ketika menelusuri perkara ini untuk mencari-cari sebuah pengertian. Aku melihat dan terfikir juga, dengan viralnya kisah itu ini, bila orang yang membaca, mereka akan mula berangan itu ini.
Ini jelas dilihat melalui komen-komen yang dipaparkan di page-page berkenaan.
Dan lagi mengerunkan.. mereka-mereka ini mungkin akan mula membandingkan kisah-kisah itu dengan hidup sendiri atau orang lain.
Akhir pesan buat kalian terutama diri sendiri:
"Hargailah kisah hidup sendiri, kerana orang lain tiada bahagia yang kita ada." ; pernah tulis status fb semacam ini beberapa bulan yang lalu.
Dan..
Berhentilah membandingkan kisah hidup mereka dengan hidup sendiri atau orang lain. Takdir dia, dia punya. Takdir kita, kita punya.
Tuhan dah atur cukup cantik.
Itu sahaja. :)
Tuesday, March 08, 2016
Kembali #2
![]() |
| Say 'HI' to the moon. |

