-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Sunday, January 21, 2018

2018

Assalammualaikum.

Oh hai! Kita dah di tahun 2018.

Hmmm. 2017 berlalu dengan erm..
sedikit kehambaran. LOL.

Munngkin sebab aku rasa
apa yang aku harap dan impikan
langsung tak jadi kenyataan.

Yup.
Walaupun kita doa dan berusaha
macam mana pun, kalau ALLAH tak izin..
tetap kita tak mampu jadikan semua tu
kenyataan kan?

Ye. Aku sedar tentang itu,
dan redha, walaupun sikit terkilan.

Adakah bermakna tak berapa redha?
Huhuhu.

...

Apapun,
Kita dah berada di 2018 dah pun.
Jadi teruskan melangkah ke depan.

Perlahan -lahan,
tanpa berharap apa apa.
Biarkan Tuhan menjalankan takdir-Nya.

..aku terima dan jalani apa saja kehendak-Nya.
Taknak dah meminta itu dan ini
yang pasti akan ditolak mentah-mentah
atas pelbagai alasan. *sigh.

p.s:
Kerana terpaksa menurut kehendak orang lain.
Jadi, dengar saja dan taat.

Mood: Redha dan pasrah. LOL.



Sunday, September 17, 2017

Babak Menarik di 2017.

Hey,

dah September 2017, hampir penghujung tahun rupanya.
Dan 'post' terakhir aku adalah bertajuk Selamat Datang 2017.

Awal tahun tu hoih.
Bersawang gila blog. Hahaha.

Aku tak tahu nak tulis apa
sebab pagi tadi mula menulis
pastu tetiba takde idea atau sebenarnya
malas nak keluarkan idea.

Ngantuk asbab insomnia tak habis lagi ni. Lol.

Malam baru sambung menaip balik.
Ye. Cerita tentang sepanjang
Januari 2017 hingga September ni.

Banyak kisah hoih.

Tapi antara babak menariknya,
Januari dibuka dengan jari yang tersarung cincin
*ehem* ..tunang, 14hb Januari 2017. *senyum.

Babak menarik seterusnya, 21 Mac mula bekerjaaa.
Akhirnyaaa.. TAPI, hingga kini.. dah bertukar tempat kerja
yang ketiga dan tetap memilih sebagai operator kilang. Lol.
*sekarang tengah cuti, aku namakan sebagai 'cuti mak marah'. Hahahaha.

Emmm..
Banyak lagi nak taip sebenarnya, tapi cukuplah
dua babak menarik dalam hidup aku ni untuk dikongsi.
*sebab aku malas nak ingat dan fikir ayat
untuk babak-babak yang lain. Kohkoh.

Berharap 2017 ditutup dengan satu lagi babak menarik
yang aku amat impi dan harapkan. Apa dia? Rahsiaaa. Bye. Haha.

p.s: Penulisan kali ni sengaja untuk lepaskan gian menulis sementelahan ada laptop dan agak rajin harini, selain nak bersihkan sawang kat blog.

Dan, sebagai penutup.. aku bagi gambar cincin je (cakap pasal cincin, ada kisah sedih. Cincin ada dua; risik dan tunang. Cincin risik hilang asbab cuai di hostel. Huhuhu. Tunang stay cool dan redha. Lol. Maaf tau En. Tunang.), gambar majlis bertunang? Masih kekal ekslusif. Okbai.


kiri; cincin risik. *hilang, sentimental value kot.
kanan; cincin tunang.







Selamat datang 2017!



Lama tak menulis kat blog ni, jadi sengaja ketepikan rasa malas dan konon 'block writer' untuk membuat sedikit catatan di hari terakhir tahun 2016.

Em. Tahun 2016, banyak pengalaman yang menjadi batu sempadan antara pelajaran dan pengajaran. Semuanya disimpan kemas agar hari-hari mendatang akan lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

Tahun 2016 juga bagi aku tak berlaku sempurna seperti yang diimpikan sebab banyak rancangan yang samada tak berjaya dicapai, tertunda atau berakhir begitu sahaja. Tahun yang bagi aku.. ya, tak berapa sempurna. Tapi Allah Maha Tahu apa yang terbaik.

Tapi, banyak juga momen-momen yang bagi aku indah dan sangat bererti untuk masa hadapan yang telah berlaku pada tahun ini.

Dan tak lupa pada dua insan terdekat yang telah 'pergi', sepupu lelaki sebelah mak dan nenek sebelah ayah. Mereka meninggal pada bulan-bulan terakhir 2016, ya kita sendiri akan menyusul mereka juga pada akhirnya.

Semoga tahun 2017 berjalan indah, menarik dan sempurna seperti yang dirancangkan. Namun jika tidak, ternyata Allah mempunyai rancangan yang lebih baik daripada rancangan kita.

Jadi.. Selamat tinggal 2016, selamat datang 2017! :)

Sunday, October 16, 2016

Rusuh.

Perasaan dalam hati;
rusuh.

Mau diapakan lagi
dengan semua bicara?

Apakan lega jika diluah
madah sebenar
atau hanya kan mengundang
sebuah lagi persoalan?

Rusuh.
Hati benar rusuh.
Mau diluah, dirasa sukar.
Mau dipendam, terasa sesak.

Buka tingkap,
layangkan mata ke langit.
Bila merenung sayu sang bulan,
perlahan hati beransur tenang.

Perlahan hati.. beransur tenang.

16 Oktober.
12.56 am.


Monday, October 10, 2016

My Future; aku masih kosong.

.

Tertanya-tanya, apa akan dilalui pada masa hadapan dikala diri masih lagi kosong; tiada apa-apa. Dari segi duniawi mahupun ukhrawi.

Entah mengapa, tiap kali.. ini adalah persoalan yang selalu dijadikan tajuk fikiran. Tangis, gundah, resah, gelisah dan berjuta rasa lagi memenuhi jiwa tiap kali persoalan ini hadir dalam fikiran.

.

Aku masih kosong.

.

Jika kau tanyakan kepada aku, tidakkah aku cemburu pada mereka yang sudah mencapai apa yang mereka mahukan pada usia sebaya sedangkan aku.. masih kosong.

Jawapan aku;
Jangan kau tanyakan jika tak mahu melihat aku menangis.

Namun tidaklah selemah itu mahu menangis, tapi.. terfikir panjang juga.

.

Salah satu yang aku fikirkan tentang masa depan aku ialah tentang ilmu.

Aku tahu berbagai cara untuk belajar mendapatkan ilmu. Jika mahu duniawi, pergilah kolej atau pusat kemahiran. Jika mahu ukhrawi, pergilah madrasah atau sekolah pondok. Tapi kedua-duanya hanya ada satu tujuan; menuntut ilmu.

Dan menuntut ilmu dalam Islam itu adalah Fardhu Ain bagi setiap Muslim.

.

Entahlah. Aku cuma fikir semula..
Sejak gagal habiskan STPM dahulu, selepas itu ada juga cuba untuk sambung belajar.

Tapi semuanya.. seakan tak kesampaian, atas banyak halangan.

Jadi aku berprasangka baik, mungkin belum masanya atau belum datang rezeki untuk sambung belajar. Mungkin.

Allah tahu, Maha Tahu.

.

21 tahun.

3 tahun sejak gagal habiskan STPM, aku masih terpuruk di sini, di rumah. Bulan demi bulan, tahun demi tahun. Tak pernah sekali pun semangat untuk sambung belajar demi meraih ilmu itu terpadam.

Bagi aku, jika tak direzekikan untuk sambung ke peringkat lebih tinggi selepas SPM pun tak apa. Tapi izinkan aku untuk menimba ilmu ukhrawi. Tapi ya, sehingga sekarang masih belum mampu tertunai.

Tuhan masih belum izin, mungkin.
Atau Tuhan punya rencana lain yang lebih baik, juga mungkin.

Dan aku tetap masih berprasangka baik kepada segala takdir yang telah ditulis dan dijalani.

.

Masa silam dah berlalu, masa depan pula belum terjadi. Realiti kini.. masih terus berjalan.

Dan ribuan bunga harapan telah dipatah layu.

.

Bila ditanya lagi tentang masa hadapan. Selain menimba ilmu.. soal perkahwinan juga sering menjadi isu bagi anak remaja. Kan?

Pada usia sekarang, ramai rakan-rakan sudah bertunang, mendirikan rumah tangga malah sudahpun mempunyai cahaya mata. Alhamdulillah, rezeki berpasangan mereka awal.

Kadangkala ada juga terjentik cemburu. Ya. Aku masih kosong. Itu sahaja.

Tapiii.. Dulu memang ya aku meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan. Ah! Mentah. (Sekarang pun masih. Haha)

Dulu berfikir kononnya bernikah awal itu indah dan banyak kebaikannya. Ya. Memang pun. Tapi jika diri tak bersedia dengan tanggungjawab dan amanah namun hanya memikirkan yang indah-indah saja selepas berkahwin. Maka silakan terus bermimpi!

Perkahwinan itu indah, tapi penuh dengan onak likunya. Seorang+seorang; suami isteri+anak+anak+anak++=amanah dan tanggungjawab.

Tidak semudah ayat di bibir tatkala sebelum bernikah, ya? :)

.

Sekarang, aku tidak lagi meletakkan jodoh perkahwinan sebagai suatu keutamaan. Kononnya mahu menikah belasan tahun. Ah mimpi! (Memang mimpi pun, usia pun dah masuk 20-an. Lol)

Tapi ada juga meletakkan target bahawa awal 20-an mahu menamatkan zaman bujang. (Dream on. Wahaha. But, insya Allah.)

"Ketika kau sedang menunggu imam atau makmummu menghadirkan diri di depan mata, perbaikilah diri agar menjadi lebih baik daripada pasangan.

Agar kelebihanmu mampu mengisi kekurangannya. Bukankah itu kesempurnaan?" -aku.

.

Persoalan terakhir. Mungkinlah terakhir.. Ibu bapa.

Aku menghargai jasa-jasa mereka. Dan sebelum mereka memejamkan mata di dunia ini, aku mahu mencapai tiap satu apa yang dimahu mereka.

Tapi aku tahu, yang dimahu mereka.. hanyalah melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Namun mak dan ayah, suatu hari nanti.. pasti anak ini akan membahagiakan dan membanggakan kalian. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat.

Yang menjadi salah satu sumber pahala yang tiada putusnya buat kalian jika kalian sudah tiada nanti. Insya Allah.

.

Masa depan masih samar dan tak pasti. Tapi aku tetap meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, bahawa Dia sudah mentakdirkan sesuatu yang indah kepada aku di masa hadapan, cuma.. ianya masih belum kelihatan.

"Tetapkanlah aku di dalam harapan, ya Rabb."

Sunday, October 09, 2016

Utusan ulang tahun kelahiran

Ke hadapan Atiqurhakim bin Nasarudin.

Saya tak pasti pada tarikh apakah, kerana sesuatu yang manis itu diingat pada momen, bukan tarikh atau hari.

Saat saya taip ni, hanya beberapa hari sebelum tarikh lahir kamu. Tiada hadiah, hanya rantaian doa mengiringi beserta warkah ini.

Em. Saya ingat lagi.. pada saat kamu 'whatsapp' ke ayah saya, berisi mesej lamaran. Serta merta, satu rumah jadi sedikit gempar dan kami bertiga (mak, ayah dan saya) membuat meja bulat.

Mereka berdua bertanyakan itu ini tentang kita. Bertanya benarkah saya serius menerima? Bertanyakan tentang latar belakang kamu walaupun kamu dah datang raya beberapa bulan sebelumnya, termasuk soal hantaran dan sebagainya.

Walaupun begitu. Ya. Saya mengaku bahawa pada masa itu, saya tak seikhlasnya menerima lamaran tersebut. Mungkin kerana masih tiada sebarang rasa. Dan hanya mengikut kata naluri; 'Terima saja dia. Beri peluang dahulu.'

Namun saya tak pasti sejak bila 'rasa' mula hadir. Mungkin dulu, tak kisah kamu mesej atau tidak. Sama saja. Tapi kini, seringkali tertunggu-tunggu. Dulu, mungkin tak kisah apa yang kamu buat. Tapi kini, sering terfikir-fikir. Dulu, mungkin jarang meniti doa. Tapi kini, setiap kali solat, pasti dititip rantaian doa buat kamu. Dan lain-lain lagi.

Kita, yang dalam tempoh tak sampai setahun dalam hubungan taaruf. Dan perkenalan yang mungkin mencecah 5 tahun.. tak terkira betapa banyak pertelingkahan dan pasang surut dalam perhubungan. 

Kita..  yang mahukan hubungan hingga ke Jannah, perlukan sebuah hubungan yang matang dan bukannya selamanya bersikap 'childish'. Bermaksud,  tak perlu memasukkan isu picisan sebagai sebab untuk mulakan pergaduhan.

Andailah ada yang tak berkenan di hati, straight to the point.. bukan menyindir atau membuat diam sahaja.  Kerana dalam jangka masa lama,  sesuatu yang dipendam mampu menjadi bisa yang tertunda dan meletus tak semena jika ada sedikit sahaja salah pada pasangan.  Itu sahaja.

Dan saya anggap bila saya terpandang orang lain yang mungkin lebih menarik, maka saya yakin.. kamu sebenar-benarnya adalah kiriman yang terbaik dari Allah untuk saya.

Kerana syaitan itu suka mengindahkan sesuatu yang sebenarnya bukan terbaik untuk kita, tapi nampak terindah di mata kita. Tapi hakikatnya, sebenarnya memang bukan.

Dalam penantian ini, saya meletak seluruh keyakinan kepada Allah untuk menjaga hati kita. Semoga tahun ini tahun terakhir sebagai 'jomblo happy'. Lol.

Dan juga mengharap agar jika ditakdir kita menikah nanti,  segala kekurangan dilengkapi kelebihan dan kekurangan diterima seadanya dan cuba membaiki diri demi bahagia dan syurga yang diimpi.

Dan saya cuba akan menjadi seorang isteri yang terbaik buat lelaki bernama Atiqurhakim dan seorang ibu yang terbaik buat anak bernama Darwish.

Semoga Tuhan kekalkan hati dalam setia hingga bertemu akad & nikah kelak.  Insya Allah.

Juga semoga kamu terus berusaha dan bersemangat untuk selarikan kejayaan dunia dan akhirat. Semoga.

Akhir kata,
Selamat ulang tahun 'sayang'. Lol.

15 Oktober 2016,
Norsyazwina Nasarudin.

Sandaran Hati?

.

"Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang Kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna 'matahari' (petunjuk Dia?)
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini." -Berhenti Berharap, Sheila On-7.

.

Minta kepada Allah untuk menjaga setiap kali hadirnya kekosongan hati, tiba-tiba.

Kerana yang diperlukan saat itu;
hanya Allah.

.

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”

Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”.

(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” -Surah Al-A’raf : ayat 172.

.

p.s:
Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
Mendengar-Mu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
Merindukan-Mu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janji-Mu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati

Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalan-Mu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadir-Mu
Dalam gelapnya
Malam hariku." -Sandaran Hati, Letto.

https://youtu.be/pfGnqZQHcvk