-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Tuesday, September 27, 2016

Nasihat daripada seorang tua.

Petang tadi..
Mak saudara singgah rumah mertuanya untuk memasak. Kerana yang tinggal di rumah tu hanya ayah mertua, dan dua orang adik ipar; seorang lelaki, seorang perempuan masih bersekolah rendah. Pakcik tu boleh memasak sebenarnya, cuma dia baru baik dari sakit.

Sambil duduk membuai Hana yang nak tidur, ayah mertua kepada mak saudara duduk di kerusi berdekatan dalam jarak lebih kurang lima kaki.

Mula mula disapanya dengan borak-borak ringan tentang rumahnya yang agak bersepah. Cuma balas dengan sengihan dan anggukan sahaja.

Kemudian dia tanya "umur berapa?"
Aku balas "21 tahun."
"Oh. Ingat sekolah lagi."

Lol.

Sebenarnya perbualan dengan pakcik ni memang beri kesan mendalam pada jiwa sebab setiap apa yang dikatanya.. adalah jawapan kepada persoalan dalam hati. Sangat tepat.

Tak banyak yang boleh dikongsi di sini kerana adakala suaranya timbul tenggelam dek sakit yang dialaminya, tapi telinga sedaya upaya fokus dengan apa yang mahu disampaikannya kepada aku.

Mungkin pakcik ni anggap ia hanya perbualan biasa, sekadar untuk jadikan aku teman berbual. Tapi, bagi aku.. berinteraksi dengan beliau adalah sesuatu perkara yang sangat memberi motivasi, sesuatu nasihat secara tidak langsung.

Point 1:

Dia memulakan perbualan dengan mengatakan bahawa pada waktu muda inilah perlu kejar dan cari ilmu sebanyak mungkin sebelum usia tua menjelang bila aku mengatakan aku masih duduk di rumah, masih tak sambung belajar ke mana-mana. Kohkoh.

Kerana katanya, tenaga dan IQ pada usia muda masih kuat. Tapi bila dah tua, tenaga pun dah lemah dan lesu. Jadi katanya lagi, selagi masih muda.. carilah ilmu dan peluang untuk belajar. Jangan sekali-kali sia-siakan masa muda dengan lepak depan televisyen atau telefon pintar, sekadar untuk buang masa.

Point 2:

Pakcik tu meneruskan perbualan dengan ruang pekerjaan pula. Katanya, lebih baik kerja kerajaan dari swasta. Kerana katanya gaji swasta sememangnya besar tapi kita kerja bagai kuli kerana susah dapat cuti, kerja walau waktu cuti dan kerja bagai robot; semuanya perlu siap 'on-time', kalau tak siap, dipecat serta merta. Itu katanya.

Dan bila sudah bekerja. Sudah pastinya ada gaji kan? Katanya, setiap bulan.. pastikan asingkan satu bahagian untuk simpanan tetap, tak kiralah berapa. Mungkin RM30 sebulan bermakna RM1 sehari. Simpanan tetap bermaksud, jangan usik langsung duit simpanan itu kerana ia untuk digunakan pada waktu tua nanti; atau mungkin pada waktu terdesak?

Jika ada ruang di alam maya, buatlah apa-apa perniagaan secara 'online' kerana katanya teknologi pada masa kini amat memudahkan kita untuk cari ruang-ruang berniaga.

Point 3:

Hidup kita ni dihabiskan dengan macam-macam hiburan dan kegiatan harian. Tapi bila gembira, kosong. Bila sedih pun, kosong. Kenapa?

Sebab mungkin kita tiada tujuan dan haluan yang sebenar-benarnya. Gembira hanya sekadar gembira, sedih pun hanya sekadar sedih. Tiada sandaran kepada Tuhan.

Point 4:

Tentang pasangan hidup. Bila nak mencari pasangan hidup. Jangan dilihat pada rupa paras, tapi yang penting.. hati.

Apa guna baik rupa paras, kaya, berkereta dll kalau hubungan dengan Tuhan rapuh dan tak terjaga. Solat pun entah kemana.

Biarlah pasangan hidup kita tiada semua pakej asalkan hatinya tetap pada Tuhan, dia beriman, dia patuh dengan agama, dia mampu jadi imam isteri dan anak-anaknya.

Biarlah pasangan hidup kita nanti juga tidak kaya seperti orang lain asalkan rajin berusaha dan tidak malas untuk bekerja.

Tapi katanya, semua jodoh dah ditentukan Allah. Jika begini pasangan hidup, beginilah yang ditentu-Nya. Jika begitu pun, begitulah yang ditakdir-Nya. Terimalah seadanya.

p.s:
Dan itu sahaja point-point yang aku ingat tentang perbualan petang tadi. Banyak sebenarnya yang ayat yang diucap pakcik tersebut, tapi ada sesetengah tak kedengaran. Jadi, ada sedikit ayat yang ditambah sendiri dalam point-point di atas. :)


Saturday, September 17, 2016

Teringat.



Teringat masa dahulu..

Ketika diri mula menghafal satu persatu lafaz dalam solat, rantaian doa pilihan untuk dibaca selepas solat, zikir-zikir dan ayat-ayat dalam al-Quran.

Semuanya memerlukan istiqamah yang tinggi dan azam yang kuat, kerana untuk jadikan semua ayat yang dihafal di memorikan bukanlah suatu yang mudah.

Ayat didengar dahulu berulang-ulang sampai jelas perkataan yang didengar untuk dihafaz. Kemudian lihat barisan ayat sebelum satu persatu ayat dan dibaca berulang-ulang.

Ulang-ulang bacaan;
itu 'keyword' untuk menghafal.

.

Perkataan 'penat', 'letih', 'malas', dan seangkatan tak pernah ada dalam kamus ketika menghafal ayat-ayat tersebut. Yang ada ketika itu hanya satu semangat untuk hafal dan terus hafal sehinggalah ayat-ayat tersebut melekat dalam memori.

Jika doa-doa atau zikir-zikir, tidaklah terlalu sukar untuk menghafal. Tetapi.. jika untuk ayat-ayat Al-Quran, memang perlu untuk dengar 2-3 bacaan dari Qari Al-Quran yang berlainan untuk memastikan sebutan yang mahu dihafal betul bacaannya.

Ya. Saya menghafal ayat Al-Quran dari meneliti dahulu barisan ayat yang mahu dihafal dan mendengar bacaan Qari berulang-ulang sebelum mula menghafal untuk mendengar sebutan dengan jelas.

Biasanya yang menjadi pilihan utama adalah bacaan daripada Qari Sheikh Mishary Al 'Afasy. Jika tak yakin dengan bacaan yang didengar, barulah dengar bacaan dari Qari lain-lain untuk dengar sebutan yang jelas dan betul.

Rumit? Tidak jika diri komitmen dan istiqamah untuk menghafal ayat-ayat tersebut. Alhamdulillah, kerana lebih 10 surah pendek sudah dihafal dengan menggunakan cara di atas.

Mudah? Pun tidak. Kerana.. Ya. Kerana diri tidak komitmen dan tidak istiqamah untuk menghabiskan hafalan.

Gagal menghafal? Ya Pernah. Gagal kerana rasa tak mampu habiskan dalam tempoh yang ditetapkan dan surah dirasa terlalu panjang sampailah lengah-lengahkan masa untuk menghafal.

Dann.. akhirnya, semangat nak menghafal surah tersebut pun luntur dan penghabisannya, tawar untuk menghafal ayat yang seterusnya.

Salah satu contoh surah panjang yang mahu dihafal ialah Surah Al-Mulk. Ini sebenarnya perancangan untuk habiskan hari-hari dalam bulan Ramadhan tahun ini. Dan 10 hari sebelum Ramadhan, saya sudah pun menghafal 4 ayat dari 30 ayat Surah Al-Mulk kerana fikirkan 'ABC-Allah bagi cuti' yang tak dibolehkan baca Al-Quran.

Cuba teka? Berapa ayat yang dihafal sepanjang bulan Ramadhan tersebut? 6 ayat. So saddd!

Kecewa dengan diri.

Sampaikan hari Raya pun dirasa tiada makna untuk disambut kerana bagai tiada hari kemenangan. Pun kerana rasa ibadah pada bulan tu seperti bulan-bulan yang lain melainkan dapat bangun Qiamullail hampir setiap malam, itupun sebab bangun sahur. Huhu.

Surah terbaru yang dihafal ialah surah Al-Adiyat. Itu pun terputus hafalan separuh surah dan sambung semula ayat selebihnya beberapa bulan kemudian. Bulan April kalau tak silap.

Ini dah bulan September. Tapi seingat saya, hanya  beberapa doa dan surah saja yang berjaya dihafal tahun ini. Sekali lagi terasa sedih dan kecewa.

.

Mungkin..

Mungkin ini adalah asbab diri seringkali berasa rebah? Kerana diri tak lagi bersemangat untuk menambah ilmu baru serta mengamalkan ilmu yang sedia ada. Mungkin.

.

Di hari Arafah lalu yang dikata antara waktu mustajab doa, antara doa yang paling banyak diulang ialah doa dari Nabi Musa dalam Surah Al-Qasas iaitu:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

.

Ya. Benar.

"Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar memerlukan 'sesuatu kebaikan' itu walau apapun ia."

Kerana jika kebaikan, dan datangnya pula dari Allah walau apapun ia. Itu adalah suatu perkara yang sangat besar rahmatnya. Mungkin kebaikan itu akan mengubah sesuatu dalam diri untuk menghadapi masa depan yang mendatang. Insya Allah.

.

Dan tulisan panjang ini hanyalah luahan rasa yang selama ini terpendam dan sebagai refleksi diri untuk bacaan masa akan datang. Semoga diri kuat, ya diri?

:)

p.s:

BERJALAN TANPA HENTI - DEVOTEES.

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu

Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya Yang Kuasa dikau berserah

Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia



Posted via Blogaway


Wednesday, September 07, 2016

Komitmen



Awal pagi tadi, ada seorang sahabat 'whatsapp' bertanyakan jika ada sebarang artikel dari simpanan aku yang dah siap ditulis untuk dibaca.

Aku membalas: Tiada. Melainkan yang dah suku siap.

Ya. Sebenarnya dah beberapa minggu tak menulis panjang-panjang. Kalau ada pun, masih tersimpan di 'draft' app Blogger.

Idea ada, tetapi tiada komitmen.

Sebahagian idea cuma ditulis ringkas di laman sosial. Buat sedikit coretan untuk disimpan. Manalah tahu akan datang tulisan ringkas itu akan jadi sebuah artikel. Kan?

Pun masih banyak artikel yang masih terbengkalai di dalam 'draft'.

Aku lebih banyak membaca kebelakangan ini. Bukan membaca buku fizikal, tapi menelaah bahan bacaan di alam maya. Samada ilmiah atau tidak. Tapi kebanyakannya bukan ilmiah. Kohkoh.

Pada usia 21 tahun ini, aku menanam cita-cita untuk mempunyai buku sendiri. Beberapa tahun akan datang, sekurang-kurangnya beberapa buah buku. Mungkin?

Tapiii.. Isu komitmen sering menjadi masalah. Terkadang memang sukar untuk komitmen asbab banyak perkara lain yang harus diutamakan.

Malas salah satunya.

Ya. Dan aku tiba-tiba malas nak menulis patah ayat yang seterusnya, walaupun masih ada benda yang nak ditulis. Ergh.

Okbai.

*lari.



Posted via Blogaway