Petang tadi..
Mak saudara singgah rumah mertuanya untuk memasak. Kerana yang tinggal di rumah tu hanya ayah mertua, dan dua orang adik ipar; seorang lelaki, seorang perempuan masih bersekolah rendah. Pakcik tu boleh memasak sebenarnya, cuma dia baru baik dari sakit.
Sambil duduk membuai Hana yang nak tidur, ayah mertua kepada mak saudara duduk di kerusi berdekatan dalam jarak lebih kurang lima kaki.
Mula mula disapanya dengan borak-borak ringan tentang rumahnya yang agak bersepah. Cuma balas dengan sengihan dan anggukan sahaja.
Kemudian dia tanya "umur berapa?"
Aku balas "21 tahun."
"Oh. Ingat sekolah lagi."
Lol.
Sebenarnya perbualan dengan pakcik ni memang beri kesan mendalam pada jiwa sebab setiap apa yang dikatanya.. adalah jawapan kepada persoalan dalam hati. Sangat tepat.
Tak banyak yang boleh dikongsi di sini kerana adakala suaranya timbul tenggelam dek sakit yang dialaminya, tapi telinga sedaya upaya fokus dengan apa yang mahu disampaikannya kepada aku.
Mungkin pakcik ni anggap ia hanya perbualan biasa, sekadar untuk jadikan aku teman berbual. Tapi, bagi aku.. berinteraksi dengan beliau adalah sesuatu perkara yang sangat memberi motivasi, sesuatu nasihat secara tidak langsung.
Point 1:
Dia memulakan perbualan dengan mengatakan bahawa pada waktu muda inilah perlu kejar dan cari ilmu sebanyak mungkin sebelum usia tua menjelang bila aku mengatakan aku masih duduk di rumah, masih tak sambung belajar ke mana-mana. Kohkoh.
Kerana katanya, tenaga dan IQ pada usia muda masih kuat. Tapi bila dah tua, tenaga pun dah lemah dan lesu. Jadi katanya lagi, selagi masih muda.. carilah ilmu dan peluang untuk belajar. Jangan sekali-kali sia-siakan masa muda dengan lepak depan televisyen atau telefon pintar, sekadar untuk buang masa.
Point 2:
Pakcik tu meneruskan perbualan dengan ruang pekerjaan pula. Katanya, lebih baik kerja kerajaan dari swasta. Kerana katanya gaji swasta sememangnya besar tapi kita kerja bagai kuli kerana susah dapat cuti, kerja walau waktu cuti dan kerja bagai robot; semuanya perlu siap 'on-time', kalau tak siap, dipecat serta merta. Itu katanya.
Dan bila sudah bekerja. Sudah pastinya ada gaji kan? Katanya, setiap bulan.. pastikan asingkan satu bahagian untuk simpanan tetap, tak kiralah berapa. Mungkin RM30 sebulan bermakna RM1 sehari. Simpanan tetap bermaksud, jangan usik langsung duit simpanan itu kerana ia untuk digunakan pada waktu tua nanti; atau mungkin pada waktu terdesak?
Jika ada ruang di alam maya, buatlah apa-apa perniagaan secara 'online' kerana katanya teknologi pada masa kini amat memudahkan kita untuk cari ruang-ruang berniaga.
Point 3:
Hidup kita ni dihabiskan dengan macam-macam hiburan dan kegiatan harian. Tapi bila gembira, kosong. Bila sedih pun, kosong. Kenapa?
Sebab mungkin kita tiada tujuan dan haluan yang sebenar-benarnya. Gembira hanya sekadar gembira, sedih pun hanya sekadar sedih. Tiada sandaran kepada Tuhan.
Point 4:
Tentang pasangan hidup. Bila nak mencari pasangan hidup. Jangan dilihat pada rupa paras, tapi yang penting.. hati.
Apa guna baik rupa paras, kaya, berkereta dll kalau hubungan dengan Tuhan rapuh dan tak terjaga. Solat pun entah kemana.
Biarlah pasangan hidup kita tiada semua pakej asalkan hatinya tetap pada Tuhan, dia beriman, dia patuh dengan agama, dia mampu jadi imam isteri dan anak-anaknya.
Biarlah pasangan hidup kita nanti juga tidak kaya seperti orang lain asalkan rajin berusaha dan tidak malas untuk bekerja.
Tapi katanya, semua jodoh dah ditentukan Allah. Jika begini pasangan hidup, beginilah yang ditentu-Nya. Jika begitu pun, begitulah yang ditakdir-Nya. Terimalah seadanya.
p.s:
Dan itu sahaja point-point yang aku ingat tentang perbualan petang tadi. Banyak sebenarnya yang ayat yang diucap pakcik tersebut, tapi ada sesetengah tak kedengaran. Jadi, ada sedikit ayat yang ditambah sendiri dalam point-point di atas. :)
Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)
Tuesday, September 27, 2016
Nasihat daripada seorang tua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment