-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Thursday, May 12, 2016

Fantasi dan realitinya; pasangan yang sempurna?

Waktu-waktu sebegini, melompat ke satu video ke satu video di Youtube. Menghabiskan masa dengan melihat video itu dan ini..

Dan tiba-tiba ditakdirkan terserempak dengan satu video ni, video yang waktu belasan tahun selalu saya layan. Lol.

Sajak Jika Aku Jatuh Hati. *boleh search di Youtube.

Biasalah. Jiwa budak belasan tahun, ibarat bunga yang baru nak mekar juga ibarat rama-rama yang baru nak keluar dari kepompongnya.

Bermacam impian, berjuta anganan.

Well, video ni..
Sama dengan video-video sajak cinta atau seangkatan yang lain yang ala-ala cinta Islamik.

Ya. Dalam hati kita semua, pasti pernah berangan atau terniat untuk nikahi atau memiliki pasangan yang ibarat manusia berhati malaikat. Maksudnya, suci tanpa dosa dan noda.

Ah. Waktu belasan tahun.. Memang masih muda dan mentah dalam mengenal hidup dan hakikat sebenar dunia ini.

Namun hakikatnya..
Ya. Hakikatnya.. Bila kita dah mula menginjak dewasa dan kita matang berfikir. Semua ni nothing, takde apa-apa pun.

Kerana semua yang kita angan atau impikan.. tak akan pernah pun wujud bagai kita di dalam syurga. 

Ya. Ini dunia, bukan syurga!

...

Jika kau perempuan, dulu kau mahukan dia seorang yang beriman dan beragama, hafaz Al-Quran, solat lima waktu berjemaah di masjid dll.

Jika kau lelaki, beragama, cantik, pandai memasak, pandai baca Al-Quran dll.

Fairytale. Yes. Semacam itu. Tetapi.. Bukan tak ada orang-orang sebegini. Orang sebegini memang ada dan wujud.

Cuma.. Dia mungkin tak ditakdir untuk kita atau kita memang tak ditakdirkan untuk berjumpa dengan orang-orang sebegini sepanjang kita mencari takdir jodoh kita.

Sebaliknya, yang kita pernah, sedang atau telah temui ialah..

Ya. Mereka yang jauh dari sifat sempurna,
namun mereka tetap seorang manusia.

...

Sebaiknya, kita tak perlu mencari sebaliknya menjadi. Kerana apabila kita menjadi soleh dan solehah, maka yang itulah juga yang akan datang mengelilingi kita. Insya Allah.

p.s:
Panjang nak tulis lagi. Tapi.. 
Mungkin ada part 2. Mungkin. See ya. :)

Buat para hati yang berpecah belah.

Sepertiga malam, yang sunyi sepi.
Melayangkan ingatan
jauh buat saudara kita.
Perang angkat senjata, di sana.
Perang berbeza ideologi, di sini.
Setiap insan
berbeza ujiannya.
"Tak diuji seseorang hamba
jika tak sesuai pada kemampuan"
Itu firman ALLAH.
Umat yang berpecah belah.
Tidak ALLAH makbulkan
doa Nabi untuk disatukan.
kerana penyatuan hanya
akan berlaku atas dasar iman.
Lalu kita terus tenggelam
dalam arus perpecahan.
Lupa pada saudara yang menderita.
Lupa pada musuh yang menanti.
Umat Muhammad yang lemah,
bagai buih-buih di lautan.
Tak kita akukan, itu kita.
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu akan menjadi gentar dan kekuatanmu akan hilang.” - Surah Al-Anfal ayat 46.

2.23 am.
6hb Julai 2014

Tuesday, May 10, 2016

Tragedi tidur pagi. 😩

Aku rasa aku tengah
menaip dalam gigil je ni. Kakaka.

Dahsyat betul.
Serius seriau sampai sekarang.

Nak marah diri sendiri ke,
atau ular tersebut? Kohkoh.

.

Sebenarnya aku tak yakin tu ular sebab nampak sekilas je, terus melompat keluar bilik.

Tak jejak tanah, engkau tahu? ��

Dah nampak warna hitam, panjang-panjang dan bergerak sikit tu, bukan ular ke?

Entahlah.
Aku macam melayang-layang je sekarang ni. Fobia dan trauma. Haih.

Asalnya sebelum perasan benda tu,
Masa tu tengah sedap nak lelapkan mata. Tetiba rasa macam ada benda jatuh dari peha. Usik peha, rasa takde apa.

Nak pastikan, buka mata dan toleh belakang. Terpana sesaat kejap dan.. tunggu apa lagi, cabut! ������


Seriuslah.
Memang tak pasti
samada ular atau apa.

Mungkin betul abang kedua aku yang kuat membebel tu (keke) cakap; jin kot.

Ye ke?
Wallahualam.

.

Yang pasti,
Aku trauma nak masuk bilik dah.

p.s:
Abang aku cari ular tersebut sambil mulut membebel pasal kondisi bilik yang umpama tongkang pecah. Adeh. Bingit telingo den ni ha. ��



Jika esok namaku jenazah..

Kita berharap
jodoh yang akan sampai dulu,
Tetapi rupanya ajal lebih
mendahului takdir jodoh.

...

Jika esok namaku jenazah,
Aku bukan lagi berbintikan ayah,
Tetapi digantikan dengan binti emak.

Jika esok namaku jenazah,
Segala isi dunia akan ku tinggalkan
Dan kehadapan kudrat Tuhan ku dikembalikan.

Jika esok namaku jenazah,
Jangan biarkan aib-aibku terbuka bertebaran,
Sebarkanlah kebaikanku walau sekecil zarah sekalipun walau keburukan aku sememangnya sebesar langit dan bumi.

Jika esok namaku jenazah,
Aku berharap hari ini adalah
hari taubatku yang sebenar-benarnya.

Allah..
Allah..
Allah..


Saturday, May 07, 2016

Mengapa Allah letakkan kita di sini?

Mereka berkata,
pergilah belajar, pergilah bekerja. Pergilah ke mana-mana. Ilmu dan pengalaman tu penting.

Ya. Tahu dan faham yang itu.

Tapi,
Bukan aku tak mahu.
Bukan aku tak berusaha.
Bukan juga aku tak berkeinginan.

Setiap rezeki dan takdir manusia tu kan berbeza walau pernah aku persoalkan diri sendiri; pada usia begini, mengapa aku masih di sini?

Pernah aku cemburu kepada mereka yang memiliki apa di genggaman mereka, tapi tiada pada genggaman diri sendiri.

Timba ilmu ke peringkat lebih tinggi,
Belajar agama di madrasah,
Bernikah di usia muda,
Malah menimbang cahaya mata
di usia yang muda belia.
Dan lain-lain yang tak tercapai lagi dek tangan.

Ya. Usaha, doa dan tawakal.

Mungkin apa yang aku inginkan, Allah tidak beri asbab kurangnya keyakinan terhadap ketiga-tiga kunci itu. Mungkin.

Namun yang sebenar-benarnya. Tiap kali aku terfikir perkara ini, yang mencantas rasa itu ialah:

Allah mahu kau di sini untuk kau berbakti sepuasnya kepada ibu bapa dan keluarga, kerana mungkin bila suatu masa nanti..

Bila kau sudah mendapat sayap dan terbang bebas serta tinggi. Apa yang kau nikmati sekarang, akan semakin sukar untuk dinikmati atau akan tiada peluang lagi.
...

Rasulullah SAW bersabda:
“Kehinaanlah untuknya, kehinaanlah untuknya, kehinaanlah untuknya”

Lantas mereka bertanya baginda; “Siapa yang engkau maksudkan itu, ya Rasulullah?”

Ia menjawab; “Seorang yang mempunyai dua ibu-bapa yang telah tua atau salah seorang darinya, namun ia tidak dapat masuk syurga (dengan berbakti kepada mereka)”

-H.R Muslim.
...

Semoga coretan ini memberi semangat terus-terusan kepada diri agar tidak mempersoalkan lagi takdir sedang dijalani atau yang telah berlaku.

Takdir yang akan datang? Akan berubah asbab usaha, doa dan tawakal kecuali tiap rezeki, ajal dan jodoh. Kuatlah diri.