-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Saturday, May 07, 2016

Mengapa Allah letakkan kita di sini?

Mereka berkata,
pergilah belajar, pergilah bekerja. Pergilah ke mana-mana. Ilmu dan pengalaman tu penting.

Ya. Tahu dan faham yang itu.

Tapi,
Bukan aku tak mahu.
Bukan aku tak berusaha.
Bukan juga aku tak berkeinginan.

Setiap rezeki dan takdir manusia tu kan berbeza walau pernah aku persoalkan diri sendiri; pada usia begini, mengapa aku masih di sini?

Pernah aku cemburu kepada mereka yang memiliki apa di genggaman mereka, tapi tiada pada genggaman diri sendiri.

Timba ilmu ke peringkat lebih tinggi,
Belajar agama di madrasah,
Bernikah di usia muda,
Malah menimbang cahaya mata
di usia yang muda belia.
Dan lain-lain yang tak tercapai lagi dek tangan.

Ya. Usaha, doa dan tawakal.

Mungkin apa yang aku inginkan, Allah tidak beri asbab kurangnya keyakinan terhadap ketiga-tiga kunci itu. Mungkin.

Namun yang sebenar-benarnya. Tiap kali aku terfikir perkara ini, yang mencantas rasa itu ialah:

Allah mahu kau di sini untuk kau berbakti sepuasnya kepada ibu bapa dan keluarga, kerana mungkin bila suatu masa nanti..

Bila kau sudah mendapat sayap dan terbang bebas serta tinggi. Apa yang kau nikmati sekarang, akan semakin sukar untuk dinikmati atau akan tiada peluang lagi.
...

Rasulullah SAW bersabda:
“Kehinaanlah untuknya, kehinaanlah untuknya, kehinaanlah untuknya”

Lantas mereka bertanya baginda; “Siapa yang engkau maksudkan itu, ya Rasulullah?”

Ia menjawab; “Seorang yang mempunyai dua ibu-bapa yang telah tua atau salah seorang darinya, namun ia tidak dapat masuk syurga (dengan berbakti kepada mereka)”

-H.R Muslim.
...

Semoga coretan ini memberi semangat terus-terusan kepada diri agar tidak mempersoalkan lagi takdir sedang dijalani atau yang telah berlaku.

Takdir yang akan datang? Akan berubah asbab usaha, doa dan tawakal kecuali tiap rezeki, ajal dan jodoh. Kuatlah diri.


No comments: