-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Thursday, April 07, 2016

Kita bukan mereka.

Aku ada perasan satu trend di laman sosial. Banyak page dan acc yang memaparkan kisah-kisah yang bagai dalam alam fantasi.

Dan masyarakat pun mula dihidangkan dengan cerita-cerita tentang mereka yang berjaya, hebat, serta cerita yang penuh dengan kesempurnaan.

Umpama kisah dalam novel tipikal di pasaran, tapi kali ini 'kisah-kisah hebat' ini hangat diperdagangkan di laman-laman sosial. Yang pada mulanya hanya mahu dijadikan sebagai tauladan.

Sepertinya aku tenggelam dalam renungan apabila selesai membaca komen-komen pengguna di laman sosial.

...

Kenapa kau tak boleh jadi macam cerita ini, ini dan ini." Tunjuk mereka kepada aku akan cerita-cerita tersebut.

"Sebab itu kisah mereka. Bukan aku. Cuba kau tanya mereka, berapa banyak kesukaran yang mereka tempuh sebelum dapat semua tu?

Dan kemudian cuba kau lihat aku. Adakah kisah dan takdir hidup aku dengan mereka-mereka itu sama?"

...

Entahlah.
Aku cuma fikir.

Betapa manusia-manusia atas talian ini, tak pernah puas dengan khayalan-khayalan yang dicipta sendiri tanpa memandang nyatanya diri di alam realiti.

Betapa.

Bagi aku, kisah-kisah sebegini hanya perlu dijadikan sebagai ibrah a.k.a pengajaran sahaja. Usahlah membiarkan  diri berangan-angan nakkan begitu dan begini dalam hidup sedangkan usahanya.. tiada!

Dan takdir itu takdir mereka.. bukan kita.

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuba  belajar hargai dan perbaikilah diri!

Kerana kita bukannya sempurna, tapi hanya mahu menjadi sebaik yang mungkin.

Ya. Bukan sempurna seperti kisah novel tipikal, drama filem yang memaparkan hidup indah dan segalanya membahagiakan, atau seperti kisah-kisah yang diviralkan ini.

Ketika menelusuri perkara ini untuk mencari-cari sebuah pengertian. Aku melihat dan terfikir juga, dengan viralnya kisah itu ini, bila orang yang membaca, mereka akan mula berangan itu ini.

Ini jelas dilihat melalui komen-komen yang dipaparkan di page-page berkenaan.

Dan lagi mengerunkan.. mereka-mereka ini mungkin akan mula membandingkan kisah-kisah itu dengan hidup sendiri atau orang lain.

Akhir pesan buat kalian terutama diri sendiri:

"Hargailah kisah hidup sendiri, kerana orang lain tiada bahagia yang kita ada." ; pernah tulis status fb semacam ini beberapa bulan yang lalu.

Dan..
Berhentilah membandingkan kisah hidup mereka dengan hidup sendiri atau orang lain. Takdir dia, dia punya. Takdir kita, kita punya.

Tuhan dah atur cukup cantik.
Itu sahaja. :)

No comments: