Tertanya-tanya, apa akan dilalui pada masa hadapan dikala diri masih lagi kosong; tiada apa-apa. Dari segi duniawi mahupun ukhrawi.
Entah mengapa, tiap kali.. ini adalah persoalan yang selalu dijadikan tajuk fikiran. Tangis, gundah, resah, gelisah dan berjuta rasa lagi memenuhi jiwa tiap kali persoalan ini hadir dalam fikiran.
.
Aku masih kosong.
.
Jika kau tanyakan kepada aku, tidakkah aku cemburu pada mereka yang sudah mencapai apa yang mereka mahukan pada usia sebaya sedangkan aku.. masih kosong.
Jawapan aku;
Jangan kau tanyakan jika tak mahu melihat aku menangis.
Namun tidaklah selemah itu mahu menangis, tapi.. terfikir panjang juga.
.
Salah satu yang aku fikirkan tentang masa depan aku ialah tentang ilmu.
Aku tahu berbagai cara untuk belajar mendapatkan ilmu. Jika mahu duniawi, pergilah kolej atau pusat kemahiran. Jika mahu ukhrawi, pergilah madrasah atau sekolah pondok. Tapi kedua-duanya hanya ada satu tujuan; menuntut ilmu.
Dan menuntut ilmu dalam Islam itu adalah Fardhu Ain bagi setiap Muslim.
.
Entahlah. Aku cuma fikir semula..
Sejak gagal habiskan STPM dahulu, selepas itu ada juga cuba untuk sambung belajar.
Tapi semuanya.. seakan tak kesampaian, atas banyak halangan.
Jadi aku berprasangka baik, mungkin belum masanya atau belum datang rezeki untuk sambung belajar. Mungkin.
Allah tahu, Maha Tahu.
.
21 tahun.
3 tahun sejak gagal habiskan STPM, aku masih terpuruk di sini, di rumah. Bulan demi bulan, tahun demi tahun. Tak pernah sekali pun semangat untuk sambung belajar demi meraih ilmu itu terpadam.
Bagi aku, jika tak direzekikan untuk sambung ke peringkat lebih tinggi selepas SPM pun tak apa. Tapi izinkan aku untuk menimba ilmu ukhrawi. Tapi ya, sehingga sekarang masih belum mampu tertunai.
Tuhan masih belum izin, mungkin.
Atau Tuhan punya rencana lain yang lebih baik, juga mungkin.
Dan aku tetap masih berprasangka baik kepada segala takdir yang telah ditulis dan dijalani.
.
Masa silam dah berlalu, masa depan pula belum terjadi. Realiti kini.. masih terus berjalan.
Dan ribuan bunga harapan telah dipatah layu.
.
Bila ditanya lagi tentang masa hadapan. Selain menimba ilmu.. soal perkahwinan juga sering menjadi isu bagi anak remaja. Kan?
Pada usia sekarang, ramai rakan-rakan sudah bertunang, mendirikan rumah tangga malah sudahpun mempunyai cahaya mata. Alhamdulillah, rezeki berpasangan mereka awal.
Kadangkala ada juga terjentik cemburu. Ya. Aku masih kosong. Itu sahaja.
Tapiii.. Dulu memang ya aku meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan. Ah! Mentah. (Sekarang pun masih. Haha)
Dulu berfikir kononnya bernikah awal itu indah dan banyak kebaikannya. Ya. Memang pun. Tapi jika diri tak bersedia dengan tanggungjawab dan amanah namun hanya memikirkan yang indah-indah saja selepas berkahwin. Maka silakan terus bermimpi!
Perkahwinan itu indah, tapi penuh dengan onak likunya. Seorang+seorang; suami isteri+anak+anak+anak++=amanah dan tanggungjawab.
Tidak semudah ayat di bibir tatkala sebelum bernikah, ya? :)
.
Sekarang, aku tidak lagi meletakkan jodoh perkahwinan sebagai suatu keutamaan. Kononnya mahu menikah belasan tahun. Ah mimpi! (Memang mimpi pun, usia pun dah masuk 20-an. Lol)
Tapi ada juga meletakkan target bahawa awal 20-an mahu menamatkan zaman bujang. (Dream on. Wahaha. But, insya Allah.)
"Ketika kau sedang menunggu imam atau makmummu menghadirkan diri di depan mata, perbaikilah diri agar menjadi lebih baik daripada pasangan.
Agar kelebihanmu mampu mengisi kekurangannya. Bukankah itu kesempurnaan?" -aku.
.
Persoalan terakhir. Mungkinlah terakhir.. Ibu bapa.
Aku menghargai jasa-jasa mereka. Dan sebelum mereka memejamkan mata di dunia ini, aku mahu mencapai tiap satu apa yang dimahu mereka.
Tapi aku tahu, yang dimahu mereka.. hanyalah melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Namun mak dan ayah, suatu hari nanti.. pasti anak ini akan membahagiakan dan membanggakan kalian. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat.
Yang menjadi salah satu sumber pahala yang tiada putusnya buat kalian jika kalian sudah tiada nanti. Insya Allah.
.
Masa depan masih samar dan tak pasti. Tapi aku tetap meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, bahawa Dia sudah mentakdirkan sesuatu yang indah kepada aku di masa hadapan, cuma.. ianya masih belum kelihatan.
"Tetapkanlah aku di dalam harapan, ya Rabb."

No comments:
Post a Comment