-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Monday, April 11, 2016

Insomnia

Kebelakangan ni, bila lapar. Langsung tak rasa nak makan. Terbayang suapan makanan ke mulut pun dah buat mual.
Tak tahu kenapa.
Makan pun paling banyak 2 kali sehari. Paling sikit sekali, itu pun pukul 2 atau 3 petang. Rutin pelik.
Pun dah 2-3 hari tak dapat tidur; insomnia melanda. Tapi lepas tu dua hari dapat tidur lena tepat pada waktu normal dan mampu bangun awal. Luar biasa sebenarnya.
Sebab selama lebih dua bulan ni, walaupun tidur awal mana pun. Esoknya tetap akan sambung tidur lepas solat Subuh semula. Sampai mak dan ayah dah naik risau tengok. Haha.
Malam ni, asyik terjaga dari tidur sebenarnya. Tengah migrain.
Akhirnya, pukul 2.00 pagi terpaksa bangun sebab mata dah segar. Dan lepak depan televisyen bertemankan cerita tentang angkasa lepas di siaran Cinemax.
Saya teringat seseorang bila dibicarakan tentang insomnia ni.
"Asbab insomnia ni, Kadangkala belajar mengenal diri." Ni kata-kata seorang sahabat saya bila ditanya tentang penyakit insomnianya yang dihidapi hampir setiap hari.
...
Ya.
Dia mengaku insomnia ni letih dan buat derita jiwa. Tapi dia sabar dan positif sebab ia alasan terbaik untuk berjaga mengenal diri di waktu malam yang senyap dan sunyi.
Alhamdulillah.
Saya mengambil ibrah dengan kata-katanya. Memanglah setiap kali insomnia tu, nikmat tidur akan hilang. Tapi hikmah lain akan menyusul selama itu.
Salah satunya, ia mendekatkan diri kita dengan Allah. Bertafakur mengenal diri. Bersahabat dengan malam, membuat amal soleh. Dan.. Ilham pun banyak bertebaran di waktu-waktu sebegini.
...
Saya sendiri suka mengambil positif bila insomnia melanda diri. Sebab memang ilham banyak di waktu-waktu sebegini.
Samada saya insomnia, atau terjaga di tengah malam. Dan sebaiknya, solat sekurang-kurangnya dua rakaat selepas terjaga dan banyakkan berdoa kerana:
"Doa di saat tahajud adalah umpama penah yang tepat mengenai sasaran." -Imam Syafie r.a.
Dan:
“Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia setiap sepertiga malam akhir. Ia lalu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni. Hingga terbit fajar‘ ” -HR. Bukhari 1145, Muslim 758.
...
Maka, kutiplah hikmah di setiap kejadian. Bukan saja-saja Allah takdirkan itu, dan ini. Tapi ibrah tu..
Hanya kita mampu memahaminya. :)
P.s:
Saya ada membuat artikel di bawah tajuk "Pesona Sepertiga Malam" yang saya rasa amat sesuai untuk dibaca, sesuai dengan tajuk kali ini. Artikel yang telah lama ditulis di blog AkuIslam. Sekitar 2012-2013 tak silap.
Boleh klik gambar di bucu blog ini untuk baca artikelnya. Bagi yang menggunakan hp, ubah kepada setting pc untuk lihat template asal blog sekaligus melihat artikel-artikel yang saya sertakan di bucu blog. Terima kasih.

Friday, April 08, 2016

Topeng pemimpin 'suci'.



Dah nama pun politican,
Apa yang kita
expect daripada mereka?

Sebahagian besar mereka.

Dari memberi 
kata-kata palsu penuh perdaya, 
hinggalah kepada 
menagih simpati dengan penuh bergaya.

Kalian ini,
Manusia-manusia berbeza
yang bertaktik sama.

Meraih simpati dengan propaganda.
Itu dikata sebagai strategi politik.

Ah sampah,

Kalian mempermainkan
fikiran rakyat marhaen seperti kami.
Diracun minda memandang 'kafir' si lawan 
kerana dikata tidak sehaluan.

Sedang politik kepartian itu 
cuma sekadar wadah perjuangan.
Bukan dijadikan sebagai satu sembahan 
yang bagaikan tuhan.

Engkau orang bukan Nabi-nabi,
selayaknya yang maksum dari dosa.

Engkau orang seperti aku, dia dan mereka.
Manusia biasa, sekadar manusia biasa.

Yang tiada wahyu, 
Yang tiada kaum untuk diimankan.

Tidakkah mahu berhenti meracuni
kami dengan janji-janji palsu kalian?

Tidak mahukah?

Thursday, April 07, 2016

Taksub tu b*d*h. (o)

Apa seronoknya jadi pengikut yang taksub ni?

Orang yang kau taksubkan tu manusia bukan Nabi, macam kau juga. Takdenya dia simpan kunci syurga hatta pendua sekalipun.


Kita bukan mereka.

Aku ada perasan satu trend di laman sosial. Banyak page dan acc yang memaparkan kisah-kisah yang bagai dalam alam fantasi.

Dan masyarakat pun mula dihidangkan dengan cerita-cerita tentang mereka yang berjaya, hebat, serta cerita yang penuh dengan kesempurnaan.

Umpama kisah dalam novel tipikal di pasaran, tapi kali ini 'kisah-kisah hebat' ini hangat diperdagangkan di laman-laman sosial. Yang pada mulanya hanya mahu dijadikan sebagai tauladan.

Sepertinya aku tenggelam dalam renungan apabila selesai membaca komen-komen pengguna di laman sosial.

...

Kenapa kau tak boleh jadi macam cerita ini, ini dan ini." Tunjuk mereka kepada aku akan cerita-cerita tersebut.

"Sebab itu kisah mereka. Bukan aku. Cuba kau tanya mereka, berapa banyak kesukaran yang mereka tempuh sebelum dapat semua tu?

Dan kemudian cuba kau lihat aku. Adakah kisah dan takdir hidup aku dengan mereka-mereka itu sama?"

...

Entahlah.
Aku cuma fikir.

Betapa manusia-manusia atas talian ini, tak pernah puas dengan khayalan-khayalan yang dicipta sendiri tanpa memandang nyatanya diri di alam realiti.

Betapa.

Bagi aku, kisah-kisah sebegini hanya perlu dijadikan sebagai ibrah a.k.a pengajaran sahaja. Usahlah membiarkan  diri berangan-angan nakkan begitu dan begini dalam hidup sedangkan usahanya.. tiada!

Dan takdir itu takdir mereka.. bukan kita.

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuba  belajar hargai dan perbaikilah diri!

Kerana kita bukannya sempurna, tapi hanya mahu menjadi sebaik yang mungkin.

Ya. Bukan sempurna seperti kisah novel tipikal, drama filem yang memaparkan hidup indah dan segalanya membahagiakan, atau seperti kisah-kisah yang diviralkan ini.

Ketika menelusuri perkara ini untuk mencari-cari sebuah pengertian. Aku melihat dan terfikir juga, dengan viralnya kisah itu ini, bila orang yang membaca, mereka akan mula berangan itu ini.

Ini jelas dilihat melalui komen-komen yang dipaparkan di page-page berkenaan.

Dan lagi mengerunkan.. mereka-mereka ini mungkin akan mula membandingkan kisah-kisah itu dengan hidup sendiri atau orang lain.

Akhir pesan buat kalian terutama diri sendiri:

"Hargailah kisah hidup sendiri, kerana orang lain tiada bahagia yang kita ada." ; pernah tulis status fb semacam ini beberapa bulan yang lalu.

Dan..
Berhentilah membandingkan kisah hidup mereka dengan hidup sendiri atau orang lain. Takdir dia, dia punya. Takdir kita, kita punya.

Tuhan dah atur cukup cantik.
Itu sahaja. :)