Teringat masa dahulu..
Ketika diri mula menghafal satu persatu lafaz dalam solat, rantaian doa pilihan untuk dibaca selepas solat, zikir-zikir dan ayat-ayat dalam al-Quran.
Semuanya memerlukan istiqamah yang tinggi dan azam yang kuat, kerana untuk jadikan semua ayat yang dihafal di memorikan bukanlah suatu yang mudah.
Ayat didengar dahulu berulang-ulang sampai jelas perkataan yang didengar untuk dihafaz. Kemudian lihat barisan ayat sebelum satu persatu ayat dan dibaca berulang-ulang.
Ulang-ulang bacaan;
itu 'keyword' untuk menghafal.
.
Perkataan 'penat', 'letih', 'malas', dan seangkatan tak pernah ada dalam kamus ketika menghafal ayat-ayat tersebut. Yang ada ketika itu hanya satu semangat untuk hafal dan terus hafal sehinggalah ayat-ayat tersebut melekat dalam memori.
Jika doa-doa atau zikir-zikir, tidaklah terlalu sukar untuk menghafal. Tetapi.. jika untuk ayat-ayat Al-Quran, memang perlu untuk dengar 2-3 bacaan dari Qari Al-Quran yang berlainan untuk memastikan sebutan yang mahu dihafal betul bacaannya.
Ya. Saya menghafal ayat Al-Quran dari meneliti dahulu barisan ayat yang mahu dihafal dan mendengar bacaan Qari berulang-ulang sebelum mula menghafal untuk mendengar sebutan dengan jelas.
Biasanya yang menjadi pilihan utama adalah bacaan daripada Qari Sheikh Mishary Al 'Afasy. Jika tak yakin dengan bacaan yang didengar, barulah dengar bacaan dari Qari lain-lain untuk dengar sebutan yang jelas dan betul.
Rumit? Tidak jika diri komitmen dan istiqamah untuk menghafal ayat-ayat tersebut. Alhamdulillah, kerana lebih 10 surah pendek sudah dihafal dengan menggunakan cara di atas.
Mudah? Pun tidak. Kerana.. Ya. Kerana diri tidak komitmen dan tidak istiqamah untuk menghabiskan hafalan.
Gagal menghafal? Ya Pernah. Gagal kerana rasa tak mampu habiskan dalam tempoh yang ditetapkan dan surah dirasa terlalu panjang sampailah lengah-lengahkan masa untuk menghafal.
Dann.. akhirnya, semangat nak menghafal surah tersebut pun luntur dan penghabisannya, tawar untuk menghafal ayat yang seterusnya.
Salah satu contoh surah panjang yang mahu dihafal ialah Surah Al-Mulk. Ini sebenarnya perancangan untuk habiskan hari-hari dalam bulan Ramadhan tahun ini. Dan 10 hari sebelum Ramadhan, saya sudah pun menghafal 4 ayat dari 30 ayat Surah Al-Mulk kerana fikirkan 'ABC-Allah bagi cuti' yang tak dibolehkan baca Al-Quran.
Cuba teka? Berapa ayat yang dihafal sepanjang bulan Ramadhan tersebut? 6 ayat. So saddd!
Kecewa dengan diri.
Sampaikan hari Raya pun dirasa tiada makna untuk disambut kerana bagai tiada hari kemenangan. Pun kerana rasa ibadah pada bulan tu seperti bulan-bulan yang lain melainkan dapat bangun Qiamullail hampir setiap malam, itupun sebab bangun sahur. Huhu.
Surah terbaru yang dihafal ialah surah Al-Adiyat. Itu pun terputus hafalan separuh surah dan sambung semula ayat selebihnya beberapa bulan kemudian. Bulan April kalau tak silap.
Ini dah bulan September. Tapi seingat saya, hanya beberapa doa dan surah saja yang berjaya dihafal tahun ini. Sekali lagi terasa sedih dan kecewa.
.
Mungkin..
Mungkin ini adalah asbab diri seringkali berasa rebah? Kerana diri tak lagi bersemangat untuk menambah ilmu baru serta mengamalkan ilmu yang sedia ada. Mungkin.
.
Di hari Arafah lalu yang dikata antara waktu mustajab doa, antara doa yang paling banyak diulang ialah doa dari Nabi Musa dalam Surah Al-Qasas iaitu:
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."
.
Ya. Benar.
"Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar memerlukan 'sesuatu kebaikan' itu walau apapun ia."
Kerana jika kebaikan, dan datangnya pula dari Allah walau apapun ia. Itu adalah suatu perkara yang sangat besar rahmatnya. Mungkin kebaikan itu akan mengubah sesuatu dalam diri untuk menghadapi masa depan yang mendatang. Insya Allah.
.
Dan tulisan panjang ini hanyalah luahan rasa yang selama ini terpendam dan sebagai refleksi diri untuk bacaan masa akan datang. Semoga diri kuat, ya diri?
:)
p.s:
BERJALAN TANPA HENTI - DEVOTEES.
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Posted via Blogaway
Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)
Saturday, September 17, 2016
Teringat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment