-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Sunday, December 06, 2015

Mati.

Syarat mati adalah hidup,
Itu sudah pasti dan tentu dilalui oleh semua makhluk ciptaan Allah.

Ada satu ayat yang sehingga kini melekat dalam memori, menjadi ingatan kepada diri sendiri.

"Orang muda kalau tak beramal di masa mudanya, kalau mati di usia muda sangatlah rugi baginya. Kerana dunia sudah pasti dia tak dapat, apatah lagi akhirat"

Menyedari hakikat ini, perubahan itu bukanlah perlu dilakukan apabila kita sudah beranjak usia ke tua. Tetapi dimulai dari sekarang.

Sedar akan dunia yang sementara cuma, dan kampung akhirat yang kekal abadi. Mengakui bahawa dunia akan hancur binasa sedangkan akhirat itu wujud selama-lamanya.

Kampung kita bukanlah di sini, tapi kampung kita di akhirat sana.

Apalah sangat yang dikejar di dunia ini. Fatamorgana semata yang melekakan.

"Istiqamah untuk khusnul khatimah."
Ia kata-kata dari status whatsapp emak saya.

Sangat menyentap hati yang masih berani mau gilakan dunia fana sedangkan kematian yang membawa kita kepada kampung akhirat kekal abadi makin mendekat mahu melamar roh pulang ke sisi-Nya. 

Mati itu pasti, hidup itu Insya Allah.
selagi nyawa belum menafikan nadi yang bergerak di tubuh kita, kuatkanlah gerak amal dan ibadah mendekati Tuhan dalam sisa-sisa hidup ini.

P.s:
Syafakillah, diri.

Friday, November 20, 2015

Sebuah Penulisan.



Tak mempunyai barisan ayat
yang terbaik untuk ditulis.

Mungkin kerana terlalu
banyak di fikir fikiran sehingga
aksara pun jadi tak teratur.

Selalunya,
Tersekat-sekat ilham di minda.

Tak mampu nak 
menyempurnakan ayat
menjadi sebuah perenggan.

Hanya satu ayat,
itu pun terlalu banyak fikir.

Fikir dan fikir.
Akhirnya, berhenti sendiri.

Dah tak mampu menarikan
jari jemari di atas papan kekunci
bersama buah fikiran yang terlalu
banyak dan terlalu banyak mahu ditulis.

Aku,
terlalu rindu mahu menulis.
menyempurnakan ayat di satu-satu perenggan.

Cuma,
mungkin 'writer block' 
mampu menjadi alasan terbaik.

p.s:
Setiap kali mahu menulis. Ada topik. Ada.
Tapi setiap kali itu lah, ilham tiba-tiba hilang.
Mungkin salah satu sebab, berkongsi laptop 
dan bukannya laptop peribadi.

*Sebetulnya, terkilan jugak sebab dulu 
tak jaga laptop peribadi dengan baik. 

Tulisan terakhir 23 September 2015,
Jadi, ini mungkin tulisan terakhir
untuk beberapa minggu-minggu yang mendatang. Hahaha.

Sakit jugak sebenarnya bila takde laptop ni.
Bila ada ilham, kita nak menulis. 
Tapi, orang lain tengah guna.

Bila takde orang tengah guna,
kita pulak takde ilham.
Atau..
tiba-tiba hilang rentak dalam menulis.

Konklusinya,
semua ada hikmah.

Kutip satu persatu,
dan usaha hadam.

*senyum.



Wednesday, September 23, 2015

Tanpa mereka; mak dan ayah.

Malam ini,
takbir raya bergema,
malam yang mana
para pencari Tuhan
berwukuf di Arafah.

Sebagaimana juga kita
sebagai para pencari Tuhan
di segenap sudut dunia,

Kita semua.

Baru ada ilham untuk menukilkan
sesuatu di blog ni. 

llham dan kekuatan.

Hari ni saudara mara yang terdiri
daripada keluarga Mak Lang dan Pak Teh
dah balik kampung sekaligus memeriahkan
Raya Aidiladha tahun ni.

Sekalipun ada kekurangan;
Mak dan ayah.

Biasanya setiap kali raya,
samada Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Ayah dan mak mesti salah seorang
yang paling sibuk mengarahkan itu ini,

membuat itu ini dan ke hulu ke hilir
memastikan semua kerja berjalan lancar
dengan dibantu mak-mak saudara
dan ayah-ayah saudara yang balik raya.

Dengar je takbir raya lepas Maghrib tadi,
tiba-tiba perasaan jadi sayu.

Serius sayu.

Terbayang mak di katil hospital,
terbayang wajah ayah setia menjaga.

Masuk hari ni,
dah tiga hari tak jumpa depa.

Mengaku,
asyik bergenang air mata.
Mengaku,
setitis dua menitis sebelum lelap.

Mengaku juga,
cuba taip sambil tahan
sedih, sayu. Hati ni.

Namun,
Sedikit sebanyak,

keletah saudara-saudara kecil
banyak melupakan kesedihan.
Kesibukan bantu mak-mak saudara
yang sibuk di dapur menenangkan perasaan.

Takdir.

Kalau sudah tertulis dan tersurat,
tiada siapa mampu menolak. Tiada,

Selama itu juga,
jadi tukang masak kat rumah.

Tak perlulah dibicara sedap atau tidak,
yang penting ada rasa dan boleh telan.
Cukup.

Prestasi takdelah teruk sangat. Walaupun..

...

Apapun,
aktiviti utama esok bagi semua
adalah melawat mak di hospital.

Insya-ALLAH.

Biarpun tanpa adanya
mak dan ayah di sini.
Persiapan raya tetap macam biasa.

Apa yang penting,
kerjasama. :)

...

Cuma,
tanpa mak.
Rumah bagai takde seri.

"Miss you, ma."

tanpa ayah pula,
hati mudah rebah.

"Miss you too, ayah"

...

Ketika ini juga,
ingatan terbang jauh
kepada saudara-saudara Islam

*yang sengsara,
*ditindas,
*ketakutan,
*kelaparan,
*dalam peperangan
dengan musuh-musuh ALLAH.

Kita diuji,
dengan cara yang berbeza.



sumber: google.





Saturday, August 29, 2015

Suatu yang kecil, 'sentuhan' dari ALLAH?

Mata yang dah mamai sambil layan
Detective Conan kat Youtube tetiba jadi segar bugar.
Tak kisah pasal F1 yang tiba-tiba naik atas peha
sebab memang selalu tidur macam tu.

Tapi bila tiba-tiba rasa ada cairan panas
mengalir dari tempat duduk kucing ni,
mula-mula rasa pelik. 



F1, kucing utama rumah.
Darah?
Sebab kadang-kadang abang kawasan suka
carik gaduh dengan dia.

Guna lampu hp suluh dia.
Statik je cara duduk.
Dan cairan tu makin banyak keluar.

Okeh.
Dia kencing.
Ergh.

Aku biar dia habiskan dulu 
sebab taknak kencing berselerak bawah lantai.

Dan..
aku tak rasa nak marah atau pukul dia.

Aku..

...

Hmm.
Aku cuma kaitkan pada keluhan
petang tadi bilamana pakaian tak berbasuh
dah sebakul penuh, selimut pun dah sebulan lebih 
tak berbasuh dan status FB aku pada pukul 12.35 pagi tadi.

Sungguh.
Aku terkesima sebenarnya.
Sangat.

Ketahuilah bagi diri,
kata-kata samada didetikkan dalam hati
atau dilisankan, ia adalah doa.

Itu 'sentuhan' dan teguran dari ALLAH.
Aku akui.

Pukul 3 pagi masukkan pakaian dan selimut
ke dalam mesin basuh dan selesai. Ia dah berbasuh.

Dan hikmah yang lain,
biar aku kutip dulu satu persatu
dan terjemahkan hanya untuk aku fahami.

Terima kasih, ALLAH.


Friday, August 21, 2015

Kembali.

Haip.
Hari ni terasa nak tulis panjang pulak.

Eh kenapa tiba-tiba?

Ok. Sebenarnya, hp rosak lagi.
Jadi, tak boleh akses aplikasi WhatsApps
mungkin untuk beberapa hari yang mendatang.

Selamat tinggal. Keke.

Walaupun ada Bluestacks kat laptop,
malas nak guna untuk buka WhatApps.
Guna untuk buka game COC jela.

*Ergh. Entah kenapa rasa dah hilang rentak
antara papan kekunci dengan susunan ayat ni.

Em. Lama tak menulis.
Bagi aku, menulis pun perlukan fokus yang tinggi
dan suasana yang tenang untuk susun ayat sesuai yang perlu ditulis.

Bila kedudukan laptop berada berdekatan televisyen
dan menulis pula pada waktu siang.
Fokus jadi terganggu.

Lagi-lagi bila terpaksa berkongsi laptop. Haha.
Biasalah, budak kecil asyik menjenguk dan harap
orang ini beredar cepat, dan dia boleh sambung kartun.

*berhenti kejap main COC.

Hmm.
Biasa suka baca blog orang  mencari ilham
dan inspirasi dalam menulis tulisan baru untuk blog.

Tapi hari ini, main redah je. Keke.
Mungkin jiwa sedang galau. Galau sangat.

Bicara soal perasaan.
Macam-macam persoalan dalam hati.
Bercampur baur antara pasti atau tidak.

Soalnya, sampai bila hati nak berkira-kira.
Tambah dan tolak, akhirnya jawapan tetap sama.

Usia ini, akan bertambah.
Namun bukan masa ini.

Masa akan datang.

Aturan takdir sudah tersedia.
Cuma waktunya belum tepat.

Masih belum.

...

Tamat menulis,
dan aku pergi.






Sunday, June 07, 2015

Jangan sesekali menyerah!

Em. Lama tinggalkan blog ni.
Bukan malas menulis,
tapi dah takde laptop sendiri.
So, susah sikit nak menulis.

Tulisan akhir pada Januari 2015.
Dah lama tu. Kan? Haha.

Ni dah nak masuk bulan Ramadhan.
Allah.. waktu semakin laju,
tapi diri tak maju-maju
dari segi duniawi dan ukhrawi.

Sekaramg umur dah masuk 20-an,
meninggalkan dunia belasan tahun.
Sepatutnya, pemikiran semakin matang
dan pendirian itu ada dan mantap.
Namun, kita tetap di takuk lama
dan semakin tenggelam dalam dunia sendiri.

Seringkali rasa semangat tu
selalu dipatah harapan tak kesampaian.
Seakan tiada lagi jalan lain
untuk menggapai impian.

Tapi tu semua hanya
getusan hati yang luka dan kecewa.
Bila pulih, kekuatan itu pula
mengajak kita untuk mencuba jalan lain
yang menjanjikan kejayaan.

Alhamdulilah.
Atas segala rahmat.

Alhamdulilah.
Atas segala kasih-sayang.

Alhamdulilah.
Atas segala kata-kata indah.

Semoga langkah ini terus teguh
dalam kebenaran dan tak tersasar
dari segala matlamat yang ingin dicapai
di dunia dan akhirat.




Saturday, January 10, 2015

Blog dan saya.


sumber: google


Eh?
Rajin pulak nak tulis-tulis.
tetiba teringat yang sebenarnya saya ni ada blog.

*cuma dah bersawang sana sini. :P

Sejak hilang blog yang lama tu,
tetiba semangat tulis blog runtuh.

Tapi bila dah buat balik blog,
'writer's block syndrom' la pulak.

Idea banyak,
tapi bila nak menulis. Kaku.
sekarang ni perlu mula perlahan-lahan.

dulu-dulu masa mula tulis blog.
niat suka-suka untuk simpan cerita seharian.
(cerita mengarut, mostly)

Tapi lama kelamaan,
jadi tempat untuk sampaikan dan sebarkan ilmu.

Hoih! Bukanlah ilmu secara ilmiah
tapi secara santai dalam menyampaikan cerita.

Yela.
Dalam seharian hidup mesti ada ibrah (pengajaran).
Itu yang dijadikan isi dalam cerita blog.

*tetiba rindu blog lama. 

Blog ni ala-ala pembakar semangat la bagi saya.
Sebab kalau 'down',
selalu baca balik semua coretan dalam blog.

Bagi saya la,
menulis ni satu terapi minda.

masa aktif menulis dulu,
banyak juga idea datang mencurah
dan ada la hantar beberapa artikel picisan ke satu website ni. 

Tiga artikel.
1. Saya budak agama, tapi saya mahu beragama.
2. Pesona sepertiga malam.
3. (Lupa, tapi berkaitan aurat)

semua artikel tu ada dalam website Akuislam.

Blog saya dulu takde la bagus mana,
tapi itulah sumber kenangan saya.
walaupun boleh dapatkan balik,
tapi saya lepaskan jela dan mulakan yang baru.

tapi dari padam blog tu la,
tahu yang saya ada pembaca tersendiri.
terima kasih 'silent readers'. :)

ALLAH pun tahu. Kan?

okay,
itu saja.

P.S:
tinggalkan dengan lagu ni.
tengah dengar dengan berulang tanpa jemu. :D




PEMILIK HATI - IDRIS SHAMSUDDIN.

Di hadap-MU berdiri berserah aku
Jasadku setia namun akalku jauh
Melayang enggan terpisah dengan
Indahnya dunia

Wahai Yang Menerima taubat
Sedarkanku dari terlewat
Dari dosa yang telah kubuat
Dalam fana keasyikan nikmatMu

Wahai Yang Membalikkan hati
Jangan Kau palingkanku dari
Sisi yang takkan dilihat oleh-MU
Di sana nanti

Ya muqallibal qulubana
Tsabbit qulubana 'ala diinik

Wahai Yang Membalikkan hati
Tetapkannya dalam agama-MU

Lagu: Halim Ahmad
Lirik: Halim Ahmad
Susunan Muzik : Halim Ahmad
Terbitan & Hakcipta : Neurotic Studio (2014)