-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Monday, June 30, 2014

Harapan Ramadhan.

Assalammualaikum.

Ohoi!
Punya la ada blog tapi
takde catatan langsung. Haha.

Dah lama tak tulis menulis ni.
So, agak beku jugak la.
Taktau camne nak corakkan tulisan.
Kekadang ada idea, tapi buntu nak tulis.

Btw, ni dah masuk hari yang
kedua dalam bulan Ramadhan.

Beberapa hari sebelum puasa
memang agak berbahang. Kan?
Tapi alhamdulilah,
puasa pertama mendung je
dan disertai hujan lebat.

Hari kedua,
agak cerah tapi tak panas sangat.
Ni la rahmat Ramadhan
walaupun Ramadhan tu
bermaksud 'panas yang membakar'.

Tahun lepas berpuasa di asrama,
tapi tahun ni di rumah.
Itulah caturan takdir ALLAH.
Siapa mampu melawan.

Bagi saya,
tentu ALLAH ada jalan yang lebih baik lagi.

Harap Ramadhan kali ni
mampu kuatkan kembali semangat
dan keazaman untuk terus berusaha ke arah kejayaan.

Taknak la sedih-sedih
atau kecewa-kecewa dah
sebab tak mampu tamatkan Tingkatan 6.

ALLAH kan Maha Perancang.
So, saya redha dan terima semuanya.

Walaupun agak terkilan. :)

....

Ehem.
Tajuk kat atas pun dah macam tajuk lagu. keke.

Semoga kita-kita semua dapat tingkatkan amal
dan kurangkan dosa sepanjang Ramadhan ini.

Semoga istiqamah dalam perubahan
yang telah dirancangkan sebelum ini.

Semoga Ramadhan ini,
kita diberikan rahmat di awalnya,
keampunan di pertengahannya, dan
kebebasan dari api neraka di akhirnya.

Seperti kata sahabat saya,
yang didengar dari ceramah.
"Beribadahlah kamu di bulan Ramadhan,
seperti ini adalah Ramadhan kamu yang terakhir".

Harapan Ramadhan.

Monday, June 09, 2014

Permulaan yang kedua kali.

Assalammualaikum.

Setelah lama tak menulis blog,
akhirnya buat jugalah blog yang kedua.

Kenapa yang kedua?
Sebab blog pertama dah TER 'delete'.

Sebab malas nak godek itu ini
supaya blog tu muncul kembali.
So, saya buat blog baru.

Blog lama tu bertajuk 'Dari Jiwa Seorang Hamba'
beralamat 'wyna95nubies.blogspot.com.
Rasa rugi jugalah sebab blog tu dah mencapai
lebih seribu followers dan lebih 500,000 views.

Tapi takpelah,
kita mula dari bawah semula.

segala ceritera kehidupan, ilmu, dan pelbagai ragam
akan terpapar disini, selagi jari masih mampu menaip
dan selagi nafas masih terhela.

Hanya sebagai kenangan
dan refleksi diri bila membaca kembali
apa yang bakal di tulis di sini.

Jadi dengan lafaz Bismillah,
saya mulakan Blog Pemilik Cinta Sepi Indah.