-

-

Suka penulisan di blog ni? LIKE tanda sokongan. :)

Sunday, October 09, 2016

Utusan ulang tahun kelahiran

Ke hadapan Atiqurhakim bin Nasarudin.

Saya tak pasti pada tarikh apakah, kerana sesuatu yang manis itu diingat pada momen, bukan tarikh atau hari.

Saat saya taip ni, hanya beberapa hari sebelum tarikh lahir kamu. Tiada hadiah, hanya rantaian doa mengiringi beserta warkah ini.

Em. Saya ingat lagi.. pada saat kamu 'whatsapp' ke ayah saya, berisi mesej lamaran. Serta merta, satu rumah jadi sedikit gempar dan kami bertiga (mak, ayah dan saya) membuat meja bulat.

Mereka berdua bertanyakan itu ini tentang kita. Bertanya benarkah saya serius menerima? Bertanyakan tentang latar belakang kamu walaupun kamu dah datang raya beberapa bulan sebelumnya, termasuk soal hantaran dan sebagainya.

Walaupun begitu. Ya. Saya mengaku bahawa pada masa itu, saya tak seikhlasnya menerima lamaran tersebut. Mungkin kerana masih tiada sebarang rasa. Dan hanya mengikut kata naluri; 'Terima saja dia. Beri peluang dahulu.'

Namun saya tak pasti sejak bila 'rasa' mula hadir. Mungkin dulu, tak kisah kamu mesej atau tidak. Sama saja. Tapi kini, seringkali tertunggu-tunggu. Dulu, mungkin tak kisah apa yang kamu buat. Tapi kini, sering terfikir-fikir. Dulu, mungkin jarang meniti doa. Tapi kini, setiap kali solat, pasti dititip rantaian doa buat kamu. Dan lain-lain lagi.

Kita, yang dalam tempoh tak sampai setahun dalam hubungan taaruf. Dan perkenalan yang mungkin mencecah 5 tahun.. tak terkira betapa banyak pertelingkahan dan pasang surut dalam perhubungan. 

Kita..  yang mahukan hubungan hingga ke Jannah, perlukan sebuah hubungan yang matang dan bukannya selamanya bersikap 'childish'. Bermaksud,  tak perlu memasukkan isu picisan sebagai sebab untuk mulakan pergaduhan.

Andailah ada yang tak berkenan di hati, straight to the point.. bukan menyindir atau membuat diam sahaja.  Kerana dalam jangka masa lama,  sesuatu yang dipendam mampu menjadi bisa yang tertunda dan meletus tak semena jika ada sedikit sahaja salah pada pasangan.  Itu sahaja.

Dan saya anggap bila saya terpandang orang lain yang mungkin lebih menarik, maka saya yakin.. kamu sebenar-benarnya adalah kiriman yang terbaik dari Allah untuk saya.

Kerana syaitan itu suka mengindahkan sesuatu yang sebenarnya bukan terbaik untuk kita, tapi nampak terindah di mata kita. Tapi hakikatnya, sebenarnya memang bukan.

Dalam penantian ini, saya meletak seluruh keyakinan kepada Allah untuk menjaga hati kita. Semoga tahun ini tahun terakhir sebagai 'jomblo happy'. Lol.

Dan juga mengharap agar jika ditakdir kita menikah nanti,  segala kekurangan dilengkapi kelebihan dan kekurangan diterima seadanya dan cuba membaiki diri demi bahagia dan syurga yang diimpi.

Dan saya cuba akan menjadi seorang isteri yang terbaik buat lelaki bernama Atiqurhakim dan seorang ibu yang terbaik buat anak bernama Darwish.

Semoga Tuhan kekalkan hati dalam setia hingga bertemu akad & nikah kelak.  Insya Allah.

Juga semoga kamu terus berusaha dan bersemangat untuk selarikan kejayaan dunia dan akhirat. Semoga.

Akhir kata,
Selamat ulang tahun 'sayang'. Lol.

15 Oktober 2016,
Norsyazwina Nasarudin.

No comments: